Friday, November 16, 2018

Oden Ala Family Mart by Mamayue

Hi, assalamualaikum semua !

Tadi baru lepas makan setelah ber IF selama 23jam uols. Kelaparan iols. IF tu apa? Nantilah next post I share ye? Baru buat 33 hari, nanti I rasa nak share I post okey. Hehehe.

So, I makan Oden tadi. Bukan beli dekat Family Mart, tapi buat sendiri and follow resepi jumpa kat FB. Sebab dekat Kuantan tak ada Family Mart pun hahaha.

(Ala odeng, odeng..lembu patah tandukk..patah tandukk..) 

Pernah dengar tak lagu ni? Hahaha.

Rasanya ramai kot tahu tentang Family Mart kan? Dah banyak viral makanan-makanan dekat situ. I pernah pergi sekali je dekat Genting. Rasa semua benda nak ambik and beli oi, sebab I peminat makanan Japan and Korea.

Oden ni makanan orang Jepun masa musim sejuk. Macam kita ni, musim hujan sejuk-sejuk ni memang syok gila makan oden yang panas suam tu oi. Rasa nyaman hahaha. Tapi tak boleh selalu ya!

Okey ni resepi buat Oden untuk 2 or 3 orang makan :

Resepi Oden by Mamayue

1 Pes Perencah Asam Pedas ADABI
2 Pes Perencah Tomyam Merah ADABI
Air Kosong 3 Cawan Besar (dalam 1 liter something)
Lidi (untuk cucuk semua frozen food)
Crab Stick
Cheese Fish Tofu
Crab Ball
Chicken Sausage
Fish Ball
(and apa sahaja jenis yang uols suka la, nak letak sayur brokoli ke.. telur puyuh rebus ke..I buat simple je sebab nak buat makan laki bini je hee)

Cara-caranya :

1. Cucuk semua fish ball, crab stick bagai tu guna lidi. Macam sate tula uols!
2. Then, panaskan periuk. Masukkan air kosong.
3. Masukkan pes-pes perencah.
4. Kacau dan tunggu mendidih.
5. Lastly, masukkan batang oden yang dah siap cucuk tu secara tegak. Tunggu masak and sedia untuk di makan!

I tak guna lidi sebab tak beli. So, I campak je semua barang-barang tu seketul demi seketul.

Okey, cara makan pulak keluarkan batang Oden tu dari periuk ke dalam mangkuk uols, then tuang la sikit kuahnya. Sambil ngap, sambil hirup kuah. Gituuu !

Okey kat bawah ni ada video and beberapa pics dari I masa masak tadi.










Sebelum I undur diri, izinkan I berpantun dulu okey.

Anak haruan anak pari,
Berlari-lari cari guli,
Hidup ini rajinlah terokai,
Kalau tidak rugilah diri !

Eh, nak berlari macam mana sebab ikan mana ada kaki LOL.

HAHAHA Ok bai !


4 comments:

  1. dah lama nak buat tapi tak berbuat lagi ;D sebab bila korum tak cukup lebih mudah dibeli tambahan pulak Family Mart tu dekat jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. If tak ramai baik beli je sebab FM pun dekat hehe..😙

      Delete
  2. Salam kenal Madame Mamayue..
    Stress betul LZ bila sana sini post tentang oden.. Nampak sedap. Stress tau sebab tak pernah rasa lagi.. Family Mart takde kat Seremban ni.. Kalau tidak tentu dah lama terjah..

    Bila dah rasa oden sebenar nanti LZ cuba resepi oden ni okay.. Thank you for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, salam kenal LZ..
      Kann..tengok orang post, tu nak try tu..kat sini pun tak ada FM .hehehe okey LZ, btw thanks datang singgah 😎

      Delete