Wednesday, November 21, 2018

Asam Pedas Kaw by Mamayue

Hi, assalamualaikum semua!

Hari ni iols cuti lagi, esok pun Next Monday dah start new semester, so iols memang dah tak mengadaplah blog buat sementara waktu.

Hari ni i nak share resepi Asam Pedas. Kalau uols nak tahu, asam pedas ni macam menu utama family i bila balik kampung. Ma mesti buat. Al-maklumlah abahku kan asal orang Johor.

Asam pedas ni kuahnya wajib pekat dan kaww. Kalau cair dah jadi asam rebus. Tapi orang utara, asam pedas dia macam asam rebus. Cair macam kuah tomyam tu. Lain-lain tempat kan, lain caranya. Tapi yang penting, asam pedas sinonim dengan negeri selatan iaitu Johor dan Melaka.

So, ini resepinya. Ni bukan resepi dari my ma ye. Resepi dia maybe lain sikit sebab tu rasa lagi sedap yang dia hahaha. Husband i suka sangat asam pedas my ma 😖


Resepi Asam Pedas Ikan

Ikan (tenggiri, kembung, pari, jenahak -the best choice)
Cili kering (kisar)
Bawang merah (kisar)
Bawang putih (kisar)
Halia (kisar)
Kunyit hidup (kisar)
Sedikit lada hitam (tumbuk)
3/4 biji tomato dibelah (memekatkan kuah)
2 batang serai diketuk
4 batang bunga kantan dibelah dua
Daun Kesum (wajib bagi i)
Beberapa batang sayur bendi (wajib oii)
Air asam jawa (kalau tak ada ganti asam gelugor)
Air kosong

Cara-caranya

1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumis semua bahan kisar (cili boh) sampai garing dan naik bau. Bahan kisar perlu banyak sikit, jangan kedekut. 
3. Masuk serai, bunga kantan, daun kesum. Tumis kejap.
4. Masukkan air kosong.
5. Masukkan lada hitam ditumbuk dan air asam jawa.
6. Masukkan sayur bendi dulu supaya empuk.
7. Masukkan tomato dibelah. Tunggu mendidih.
8.Masukkan ikan. Tunggu sampai masak dan mendidih.
9. Tutup api. Haa lepastu kemaslah dapur tu. Jangan biar berkulat ! 😂

Ayam betina ayam jantan,

Johor negeri kesayangan!

Panas terik cuaca bahang,
Tempoyak sedap ada di Pahang!

Ok bai !!




No comments:

Post a Comment