Tuesday, December 26, 2017

Two Thousand Eighteen


Hai, assalamualaikum semua.

Lama tak bersiaran 😜 hahaha.

Takpa blog baru ni bukan glamour pun macam blog lama yang dah deleted tu hahaha.

Yup ! ada lagi 5 days lagi nak menjengah ke new year. Actually, tahun 2017 adalah tahun yang paling disasters buat diri i. So, i memang tak sabar-sabar nak masuk 2018 coz nak buka buku baru! Nak lupakan semua bad memories 2017 hehehe.

Setiap kali masuk sahaja new year, mesti orang tanya pasal azam. Kenapa asyik tanya azam eh? Kenapa tak tanya benda lain ? Entah i pun tak tahu, sebab bila sahaja masuk new year memang dah sinonim dengan azam.

So, uols punya azam.. harapan.. impian tahun-tahun lepas dah achieve belum? Kalau long-term goals of course kadang makan masa nak achieve, biasalah tu. Actually, kalau sebut pasal azam dan impian ni, i jenis segan sikit nak share dengan orang. Sebab apa, sometimes certain people ni suka underestimate our goals.

    "Hai, daripada tahun lepas aku dengar kau nak pakai BMW, kereta sama jugak aku nampak daripada 10 tahun lepas"

Haaa this one adalah example hahaha.I don't like this types of people.

Tapi alhamdulillah, kebanyakan wishlist i semua dah achieved. Cuma ada 3 benda lagi yang belum tercapai, tapi tak nak share haha. Once dah achieve that goals, baru i nak share LOL !

Cuma kan, cuma kan.. 2018 ni i memang nak jauhkan diri i dari manusia-manusia negatif yang terlampau judgemental dan manusia yang acah-acah suci tapi taring kalah jin Ifrit. Sebab iols serabut dengan manusia macam ni. And now pun, i dah slowly jauhkan diri dari manusia yang i rasa macam lalang and untrusted.

Err, boleh tak jalani hidup ni macam biasa je?

Ok dah, habis. Hahaha. So, jadikan 2018 kita tahun depan ni penuh dengan perkara-perkara yang happy dan bermakna. I doakan apa yang uols impikan tercapai dan dipermudahkan olehNya. Amin. Semoga tahun 2018 nanti, adalah tahun yang membawa tuah dan dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda.

Oh, uols celebrate new year ke. I tak pernah celebrate pun haha. Tapi new year ni kena balik Bentong sebab my mom dah booked massage session dengan makcik Indonesia kat sana.

Biasalah badan nak guna lama 😙 urut-urut ni at least 2-3 bulan sekali kena buat lah. Biasa buat kat Kuantan, tapi kali ni my mom suruh balik buat kt sana. Heee 😊


Okeylah, banyak sangat dah menaip. Hamba nak balik dah, dah jam 5pm 😆

Tapi sebelum mengundur diri, izinkan hamba berpantun dulu seperti biasa?


Kuda belang kuda hitam,
Berlari-lari dalam kandang,
Teguhkan impian kuatkan azam,
Semoga tercapai akan datang!


HAHAHA. Ok bai !



Saturday, March 4, 2017

Bahagia Itu Tersirat

Bahagia itu tersirat, tidak boleh ditafsir mengikut pandangan mata kasar.

Kita rasa orang itu bahagia sangat, sedangkan berjuta masalah dia hadapi.

Kita rasa orang itu seperti tidak bahagia, sedangkan dialah orang yang paling tenang jiwanya.


Manusia sekarang melambangkan kebahagiaan dari rezeki yang kita ada. Rezeki ni pelbagai bentuk, pelbagai cara kita perolehi, tapi yang penting semuanya kita dapat dengan izinNYA. 

Dapat pasangan hidup yang baik, ibu bapa dan adik beradik yang bahagia dan tiada masalah, kerjaya yang bagus, anak dan rasa bahagia, bebas hutang dan lain lain lagi. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Jika kita tidak dapat rezeki seperti orang lain, bersyukurlah kerna orang lain tidak mungkin perolehi rezeki seperti yang kita ada. 

Jangan pertikaikan 
Rezeki kita..
Rezeki orang lain..
Rezeki yang Tuhan beri..

Jika kita sentiasa pertikaikan, perasaan tidak tenang akan membelenggu diri pada setiap hari. Rasa tidak bersyukur akan hadir, rasa iri pada orang akan timbul. 

Untuk dapatkan rezeki juga, kita perlu berusaha. Rezeki takkan datang bergolek tanpa usaha. Jika tuhan membenarkan ia terjadi, maka rezeki itu milik kita. 

Okeylah itu saja coretan malam ni hehehe. Nampak macam formal tp itulah hakikatnya. Seperti biasa, izinkan hamba berpantun sebelum blahh hihihi.

Dua tiga kucing merangkak,
Merangkak mencari sang tikus,
Rezeki itu sukar utk di agak,
Asalkan kita berusaha terus !

HAHAHA. Kbai !

Friday, March 3, 2017

Hey ! I'm back, yehaa !

Hi guys, i'm back untuk sekian lamanya hahaha.❤
Now i dah tak berapa rajin writing coz busy with career and life ✌
Dua blog lama i, i dah deleted atas reasons tertentu since i dah kerja ni. Opss. 

Dah 3 years tak blogging. Too many experiences sebenarnya boleh share, tapi rasa malas betul nak menaip sekarang hahaha. 

Actually, i really miss my previous blog..Rasa menyesal plak deleted sebab followers dah beribu. Ini satu habuk followers pun takda LOL !

So, blog ni have no concept and more too general information plus journey of my life lah kot ? Jangan lah ini jadi 1st and last post untuk 2017 ni hahaha. Pftttt ! 

Baru habis class tadi, sambil-sambil tunggu 5pm..i blogging jap lah kan. Cuma takda specific topic nak share untuk 1st post ni hehehe. Just santai-santai je. Blog pun belum "renovate" habis lagi. Buat basic je dulu hehehe. 

So, rasanya stop sini dulu lah ye. Izinkan hamba membelek apa yang patut untuk blog baru ni. Rasa dah kekok pulak kan. Tapi, sebelum mengundur diri izinkan hamba berpantun dulu ? 

Anak itik anak ayam,
Berlari-lari di tepi ladang,
Mohon korang jangan kecam,
Ini hobi lamaku di masa lapang. 

HAHAHA. Ok bai !