Showing posts with label Mamayue's Kitchen. Show all posts
Showing posts with label Mamayue's Kitchen. Show all posts

Saturday, December 15, 2018

Ayam Madu By Mamayue

Hi, assalamualaikum semua!
Sihat ke semua, musim2 hujan ni kesihatan on off jugak kan 😅

So, today i wanna share resepi ayam madu 🍗🍖
This week tak tau kegilaan apa dah 2 kali buat ayam madu yang juicy ni. 😂



Resepi Ayam Madu

Bawang putih ditumbuk
Halia ditumbuk
Kicap Pekat
Madu (gunalah madu asli okey!)
Sos Tiram (garam tak perlu sbb dah masin dari sos tiram)
Blackpepper Coarse
Lada sulah untuk yang suka

Maaf kebanyakan resepi i takda sukatan sangat sebab i jenis suka masak campak2 😅😅😅

Okey then, gaul ayam dengan semua bahan atas ni.
Perap setengah jam.
Masukkan dalam air fryer suhu 200, 20 minutes.

Nyummy sangat. Tak kering dan sangat juicy. Masak elok luar dalam 😎🤗😋

Musim tengkujuh musim banjir,
Selamat mencuba resepi iols share!

Hahaha. Kbai !!




Friday, November 23, 2018

Daging Masak Merah by Mamayue

Hi, assalamualaikum semua !

Hari ni nak share resepi daging masak merah yang i buat semalam. First time buat sendiri, sedap jugak rupanya dari kat kedai. Resepi i google je hahaha. 

Tapi ni bukan daging masak merah thailand tu tau. Kalau yang thai tu dia perap daging dengan pewarna. I tak nak, bahaya 😂

Resepi Daging Masak Merah 

Daging (dihiris nipis dan direbus)
Bawang merah (tumis)
Bawang putih (tumis)
Cili merah (tumis)
Cili kering (kisar dan tumis)
Sos cili
Sos tiram
Blackpepper Coarse (sikit je)
Kicap (sikit je)
Garam (sikit je sebab sos tiram dah masin, i tak letak pun garam)
Air (if nak berkuah sikit)

Pastu bila nak hidang tu, kalau nak nampak lawa, dressing la sikit dengan daun bawang or sup ke. Ikut uols lah, janji jangan letak cheese 😅

Haa simple je kan? 

Caranya senang je, tumis je semua bahan tumis sampai naik bau and masak. Tapi i kisar je semua benda alah tu sebab taknak ada "sampah" 😂😂😂

Then, campak je semua sos and kicap tu. Masukkan daging yang dah direbus empuk tadi. Jangan guna daging mentah, nanti liat!!! Kecuali kalau uols ada pressure/multi cooker 😎😋




Salam Jumaat penuh barakah,
Selamat mencuba daging merah !

Okey bai !!

Wednesday, November 21, 2018

Asam Pedas Kaw by Mamayue

Hi, assalamualaikum semua!

Hari ni iols cuti lagi, esok pun Next Monday dah start new semester, so iols memang dah tak mengadaplah blog buat sementara waktu.

Hari ni i nak share resepi Asam Pedas. Kalau uols nak tahu, asam pedas ni macam menu utama family i bila balik kampung. Ma mesti buat. Al-maklumlah abahku kan asal orang Johor.

Asam pedas ni kuahnya wajib pekat dan kaww. Kalau cair dah jadi asam rebus. Tapi orang utara, asam pedas dia macam asam rebus. Cair macam kuah tomyam tu. Lain-lain tempat kan, lain caranya. Tapi yang penting, asam pedas sinonim dengan negeri selatan iaitu Johor dan Melaka.

So, ini resepinya. Ni bukan resepi dari my ma ye. Resepi dia maybe lain sikit sebab tu rasa lagi sedap yang dia hahaha. Husband i suka sangat asam pedas my ma 😖


Resepi Asam Pedas Ikan

Ikan (tenggiri, kembung, pari, jenahak -the best choice)
Cili kering (kisar)
Bawang merah (kisar)
Bawang putih (kisar)
Halia (kisar)
Kunyit hidup (kisar)
Sedikit lada hitam (tumbuk)
3/4 biji tomato dibelah (memekatkan kuah)
2 batang serai diketuk
4 batang bunga kantan dibelah dua
Daun Kesum (wajib bagi i)
Beberapa batang sayur bendi (wajib oii)
Air asam jawa (kalau tak ada ganti asam gelugor)
Air kosong

Cara-caranya

1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumis semua bahan kisar (cili boh) sampai garing dan naik bau. Bahan kisar perlu banyak sikit, jangan kedekut. 
3. Masuk serai, bunga kantan, daun kesum. Tumis kejap.
4. Masukkan air kosong.
5. Masukkan lada hitam ditumbuk dan air asam jawa.
6. Masukkan sayur bendi dulu supaya empuk.
7. Masukkan tomato dibelah. Tunggu mendidih.
8.Masukkan ikan. Tunggu sampai masak dan mendidih.
9. Tutup api. Haa lepastu kemaslah dapur tu. Jangan biar berkulat ! 😂

Ayam betina ayam jantan,

Johor negeri kesayangan!

Panas terik cuaca bahang,
Tempoyak sedap ada di Pahang!

Ok bai !!




Monday, November 19, 2018

Mini Pizza Vodo by Mamayue

Hi, assalamualaikum semua! 

Post kali ni i nak share how to make mini pizza vodo guna roti gardenia. Vodo ni maksudnya simple, ringkas, tak leceh haha. Asal dari word bod*h sebenarnya. Tapi sopan sikit kita panggil vodo okey 😋

Resepi ni i hentam je tapi inspired dari group MAHN and i ubah ikut ingredient yang ada dalam fridge je. Pernah je buat sebelum ni, cuma tak kesempatan nak share hehehe .

Resepi Mini Pizza Vodo
Buttercup
Wholemeal Bread
Bolognese Sauce
Chicken Sausages (siap rebus)
Cheese (if ada mozzarella cheese lagi bagus)
Italian Herbs
Blackpepper Coarse
Paprika Ground





Favourite hubby, tengok dia dah cop dua ketul. Padahal makan berdua je. Tak ada orang pun nak berebut dengan dia haha.

Okey guys, boleh lah cuba tau. Sebabnya sumpah sedap sangat. Nak best uols carilah mozarella cheese, barulah cheese tu tarikkk panjang macam pizza hut tu. Kalau takda air fryer boleh guna pan or microwave / oven jugak. Mana-mana pun boleh uols. Ikut kreativiti uols 🤗

Berdoa time hujan insyallah makbul,
Salam Maulidur Rasul !

Ok bai !!

Sunday, November 18, 2018

Kek Batek by Mamayue

Hi, assalamualaikum semua ! 

So, today i'm gonna share how to bake kek batek hahaha. Actually, ni kali kedua buat. Kali pertama tak jadi. Terlalu manis and crunchy. 

So, after got some tips from my officemate, done some research on google and fb barulah buat untuk kali kedua. Entah jadi ke tidak tunggu malam ni masa nk potong 🤣😅🤢  Buat ni pun untuk hubby haha. Kalau tak sedap telan jela 😂

Actually, I'm not good in baking. Tak macam my ma serba serbi pandai. Anak dia harem tak pandai apa. Lol. Kalu kali ni tak jadi nampaknya ini adalah kali terakhir i baking. 🤣🙈

Post ni bukan nak ajar buat kek batek tau, siapalah i nak ajar orang haha. I bukan pakar, i just sharing apa yang i rasa macam menarik (menariklah sangat 🙄😌)

Semalam bakery shop tutup, so i pergi Tunas Manja dekat area rumah je and beli apa brand yang ada sahaja. I have no choice lah beb ! Dekat bawah ni resepi and brand yang okey untuk uols guna. Anddd ada lah video sikit untuk uols, tapi sorry selekeh malas nak bersiap 🙆😌🤣

Resepi Kek Batek

Butter 1 - Anchor/SCS/Emborg
Milo 1 (small)
Cocoa powder (suku) - Van Houten is the best brand
Susu pekat (separuh tin) - Marigold Less Sweet
Biskut Marie (1 pack) - Munchy
Whipping Cream (suku) - Emborg (small)
Air


#Update
Ya Allah, alhamdulillah jadi. Soft, less sweet, lemak pahit choc just nice. Suka sangat menjadi, ketua rumah cakap sedap 😍

#Update
Ada orang suka makan jenis topping melimpah ruah, ada orang suka just nice moist biasa, ada orang suka makan jenis kering mampat, ada orang suka crunchy. 


#Update
Kalau i suka yang macam ni, moist biasa-biasa sahaja. Tapi ada satu version orang buat jenis padat tapi still lembut, i suka yang tu lagi. Tapi kadang datang mood nak makan yang jenis topping banyak. Hahaha.

Nanti malam i update pic kek yang dah siap potong ye? Dia tengah rest and chill dalam fridge jap 🙈

Anak kambing dalam belukar,
Anak awak main motokar,
Saya bukanlah pakar nak mengajar,
Saya hanya kongsi sahaja.

Pantun kali ni out 😂

Okeylah, k bai !!

Video : Oden For Second Time LOL (rice cooker version)


Hi, assalamualakum semua !

Hujan ke tempat uols? Kuantan ni dari semalam hujan mendung je. Sejuk manjang tak payah on aircond dah 😱 

Disebabkan hari tu buat Oden, ada lagi lebihan frozen semua tu, so hari ni kita buat Oden lagi. But rice cooker version. Lagi sedap rupanya, soft gila and kembang semangkuk Oden i. Then, for second time ni i add on brokoli. Sedap sangat oi layan sambil tengok TV, hujan renyai bersama cik ngok ngek saya ni hahaha 😙


Okeylah, nak resepi boleh check post Oden sebelum ni okey? Mintak diri dulu! Jap pantun dulu 🤗

Hujung tahun musim hujan,
Family Mart memang takda di Kuantan!

Friday, November 16, 2018

Oden Ala Family Mart by Mamayue

Hi, assalamualaikum semua !

Tadi baru lepas makan setelah ber IF selama 23jam uols. Kelaparan iols. IF tu apa? Nantilah next post I share ye? Baru buat 33 hari, nanti I rasa nak share I post okey. Hehehe.

So, I makan Oden tadi. Bukan beli dekat Family Mart, tapi buat sendiri and follow resepi jumpa kat FB. Sebab dekat Kuantan tak ada Family Mart pun hahaha.

(Ala odeng, odeng..lembu patah tandukk..patah tandukk..) 

Pernah dengar tak lagu ni? Hahaha.

Rasanya ramai kot tahu tentang Family Mart kan? Dah banyak viral makanan-makanan dekat situ. I pernah pergi sekali je dekat Genting. Rasa semua benda nak ambik and beli oi, sebab I peminat makanan Japan and Korea.

Oden ni makanan orang Jepun masa musim sejuk. Macam kita ni, musim hujan sejuk-sejuk ni memang syok gila makan oden yang panas suam tu oi. Rasa nyaman hahaha. Tapi tak boleh selalu ya!

Okey ni resepi buat Oden untuk 2 or 3 orang makan :

Resepi Oden by Mamayue

1 Pes Perencah Asam Pedas ADABI
2 Pes Perencah Tomyam Merah ADABI
Air Kosong 3 Cawan Besar (dalam 1 liter something)
Lidi (untuk cucuk semua frozen food)
Crab Stick
Cheese Fish Tofu
Crab Ball
Chicken Sausage
Fish Ball
(and apa sahaja jenis yang uols suka la, nak letak sayur brokoli ke.. telur puyuh rebus ke..I buat simple je sebab nak buat makan laki bini je hee)

Cara-caranya :

1. Cucuk semua fish ball, crab stick bagai tu guna lidi. Macam sate tula uols!
2. Then, panaskan periuk. Masukkan air kosong.
3. Masukkan pes-pes perencah.
4. Kacau dan tunggu mendidih.
5. Lastly, masukkan batang oden yang dah siap cucuk tu secara tegak. Tunggu masak and sedia untuk di makan!

I tak guna lidi sebab tak beli. So, I campak je semua barang-barang tu seketul demi seketul.

Okey, cara makan pulak keluarkan batang Oden tu dari periuk ke dalam mangkuk uols, then tuang la sikit kuahnya. Sambil ngap, sambil hirup kuah. Gituuu !

Okey kat bawah ni ada video and beberapa pics dari I masa masak tadi.










Sebelum I undur diri, izinkan I berpantun dulu okey.

Anak haruan anak pari,
Berlari-lari cari guli,
Hidup ini rajinlah terokai,
Kalau tidak rugilah diri !

Eh, nak berlari macam mana sebab ikan mana ada kaki LOL.

HAHAHA Ok bai !


Thursday, November 15, 2018

Chicken Buttermilk by Mamayue

Hi, assalamualaikum guys !

Tonight i nak share resepi Chicken Buttermilk yang paling simple dan mudah dibuat tau. Orang malas macam i ni sesuai sangat untuk resepi ni. Hahaha. So, check it out guys !

Bahan-bahan :

Isi Ayam (bahagian dada besar - 2 ketul)
1/2 Tin Susu Cair 
4 Ulas Bawang Putih (Cincang)
Bawang Holland (Potong dadu)
Daun Kari (2 Tangkai)
Cili Padi (4 biji)
Butter (Separuh)

Bahan Untuk Ayam Celup Tepung :

I guna tepung BESTARI je mudah, senang. Basuh ayam, potong dadu. Gaul sahaja dengan  tepung "kering", tak perlu campur air tepung  tau. Dah salut, goreng je or masuk dalam air fryer !


Okey ini isi ayam yang dah digoreng tadi, i guna air fryer sebab tak nak berminyak. And i campur bahagian dada and bahagian tulang hehe. Ikut selera uols mana-mana yang suka okey !


Step Penyediaan Chicken Buttermilk 

Step 1 : Basuh isi ayam bersih-bersih, potong dadu isi dada ayam tadi.
Step 2 : Gaul isi ayam yang dibasuh tadi dengan tepung serbaguna BESTARI SPICY. Tepung kering ya, jangan campur air. 
Step 3 : Dah siap gaul ayam dengan tepung, dah salut cantik. Goreng dalam kuali dengan minyak or guna air fryer. Pilihan ditangan anda hehehe. Dah siap goreng, rehatkan dan tos minyak.
Step 4 : Panaskan pan, masukkan butter sehingga cair (jangan sampai hangus) dan tumis bawang putih, cili padi, daun kari sehingga naik bau. 
Step 5 : Masukkan susu cair dan bawang holland. Then, masukkan isi ayam yang digoreng tadi. 
Step 6 : Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Then, perisakan dengan garam. 


Okey, siap ! (i tak letak bawang holland)

DONE ! 

Naik kereta berlumba-lumba,
Selamat mencuba !
Ok bai !