Monday, December 31, 2018

2k19 vs My late FIL

Hi, assalamualaikum guys. 
Actually not in mood nak blogging, tapi sebab tengah free, layankan ajelah 🤗

Today is our last day for 2018. Alhamdulillah, 2018 adalah tahun yang paling banyak rezeki datang. Syukur pada Yang Esa. 

Yes, I'm ready for 2019! Semakin hari, semakin mencabar and sometimes rasa nervous untuk lalui hari-hari mendatang. Tapi i sebagai Ketua Persatuan Wanita Besi Sedunia, harus menangani cabaran ini dengan sebelah mata 🤧

Ok sambung,

Tanggal 26hb December 2018, jam 1.30am, arwah ayah mertua (Bak) telah meninggal dunia buat selamanya. Perkara ni sangat memberi kesan kepada my husband and his family termasuk diri ini. I can't describe my feeling to others. Bila tengok husband sedih, i pun akan turut sedih. 

Walaupun jarang bersua muka disebabkan kekangan masa, jarak dan perkara lain. Doa seorang anak tak pernah putus untuk kedua ibubapanya. Tapi, orang tak tahu dan tak nampak. Sometimes i feel like so disappointed with certain of them yang make their own judgment. I know my husband well. 

Husband cakap, kita yang masih hidup perlu teruskan hidup seperti biasa. Sebelum balik Kuantan, singgah kubur berdua. When my husband started talking with "his dad" about certain things like a real conversation. I'm cried, it's really touched. 

Insya'allah, ada hikmah dariNYA. Sedih tak boleh disangkal, tapi meratapi terlalu lama pun tak baik. Hanya doa yang mampu dikirimkan untuk Bak dari kami sekeluarga. Al-fatihah. 

Semoga kita semua kuat dan tabah menjalani hidup untuk tahun baru 2019. 

Dihari pernikahan kami berdua. Masa ni Bak dah kurang sihat sebab accident.


Fresh HOPES, Fresh PLANS, Fresh EFFORTS, Fresh FEELINGS, Fresh COMMITMENT. Welcome 2019 with a fresh ATTITUDE. Happy New Year everyone! 


Lots of LOVE, Yuyue 💖

Saturday, December 15, 2018

Ayam Madu By Mamayue

Hi, assalamualaikum semua!
Sihat ke semua, musim2 hujan ni kesihatan on off jugak kan 😅

So, today i wanna share resepi ayam madu 🍗🍖
This week tak tau kegilaan apa dah 2 kali buat ayam madu yang juicy ni. 😂



Resepi Ayam Madu

Bawang putih ditumbuk
Halia ditumbuk
Kicap Pekat
Madu (gunalah madu asli okey!)
Sos Tiram (garam tak perlu sbb dah masin dari sos tiram)
Blackpepper Coarse
Lada sulah untuk yang suka

Maaf kebanyakan resepi i takda sukatan sangat sebab i jenis suka masak campak2 😅😅😅

Okey then, gaul ayam dengan semua bahan atas ni.
Perap setengah jam.
Masukkan dalam air fryer suhu 200, 20 minutes.

Nyummy sangat. Tak kering dan sangat juicy. Masak elok luar dalam 😎🤗😋

Musim tengkujuh musim banjir,
Selamat mencuba resepi iols share!

Hahaha. Kbai !!




Friday, November 30, 2018

Jarakkan Diri Kita Dengan...

Hi, assalamualaikum semua !
Hopefully uols sihat-sihat aje yea. Baru berkesempatan nak up post dekat blog. 

Iols busy sikit sebab first week untuk new semester kan. Biasa week 1-3 ni memang agak busy sikit guys. Macam-macam nak kena settle 😴

Jarakkan diri kita dengan...
Dengan siapa?
Dengan orang yang kita tak ngam, yang selalu menjatuhkan kita, yang tak suka kita. 

Prinsip ni i dapat dari page Dr.Zubaidi. And i totally agreed with that. 

Katanya, dia tak sakit hati tengok kita. Dan kita pun tak sakit hati mengadap dia. 

So, lately. I memang mempasifkan diri dari orang seperti itu. Tak kisah either yang ada blood relation or sebaliknya. Tak kisah orang nak cakap apa guys. U baik ke, u jahat ke. Kalau orang dah tak suka, tetap tak suka hahaha.

Daripada kita bergaul dan mengadap orang yang memang kita tahu dia tak suka kita, lebih baik kita letak distance or gap supaya kita pun tak makan hati. Tak mengeruhkan keadaan. Dan orang tu pun tak ada point nak cari pasal 🤐

Bukan apa, certain orang ni i tengok suka sangat melayan orang yang meroyan. Biarkan mereka meroyan guys. Lama-lama dia pun dah bosan. Dulu  time muda, i pun jenis cepat melatah jugak kalau orang cari pasal, tapi dah berusia sikit ni tak kuasa nak layan hahaha. Ignore jelah beb !

Baik kita dekatkan diri dengan surrounding yang positive, positive people. Pemikiran kita pun akan automatic jadi postive sebab mereka tau. Kita pun tak stress. 

Semoga kita keep positive, fikir dan ingat benda baik-baik aje tau ! Susah tapi boleh.

Marilah kita majukan diri lagiii bagus 😇😇😇

Saya tak suka bidang automotif,
Hidup ini perlu positif!!

Okey baii !!!

Friday, November 23, 2018

Daging Masak Merah by Mamayue

Hi, assalamualaikum semua !

Hari ni nak share resepi daging masak merah yang i buat semalam. First time buat sendiri, sedap jugak rupanya dari kat kedai. Resepi i google je hahaha. 

Tapi ni bukan daging masak merah thailand tu tau. Kalau yang thai tu dia perap daging dengan pewarna. I tak nak, bahaya 😂

Resepi Daging Masak Merah 

Daging (dihiris nipis dan direbus)
Bawang merah (tumis)
Bawang putih (tumis)
Cili merah (tumis)
Cili kering (kisar dan tumis)
Sos cili
Sos tiram
Blackpepper Coarse (sikit je)
Kicap (sikit je)
Garam (sikit je sebab sos tiram dah masin, i tak letak pun garam)
Air (if nak berkuah sikit)

Pastu bila nak hidang tu, kalau nak nampak lawa, dressing la sikit dengan daun bawang or sup ke. Ikut uols lah, janji jangan letak cheese 😅

Haa simple je kan? 

Caranya senang je, tumis je semua bahan tumis sampai naik bau and masak. Tapi i kisar je semua benda alah tu sebab taknak ada "sampah" 😂😂😂

Then, campak je semua sos and kicap tu. Masukkan daging yang dah direbus empuk tadi. Jangan guna daging mentah, nanti liat!!! Kecuali kalau uols ada pressure/multi cooker 😎😋




Salam Jumaat penuh barakah,
Selamat mencuba daging merah !

Okey bai !!

Thursday, November 22, 2018

Visiting My New Home's Construction Site

Hi, assalamualaikum uols 😇
Dah lunch ke tu?hehehe.

Okey, post kali ni i just nak share tentang rumah baru yang i beli dalam pertengahan tahun ni. Estimate date adalah next year 2019. 

Rumah terrace je uols. Duduk kawasan macam i ni, memang terrace jela banyak. Nak rumah tanah lot memang susahlah guys. Ala, terrace biasa je uols, monthly installment pun just 1.2k je. Takpelah, janji i ada aset atas nama i sorang kan, tak mau share nama purchaser 😂 sebab tu memang target i dari dulu 🙊 Syukur ada rezeki Tuhan bagi. 😇

So, i ajak my husband untuk stay sini bila dah siap nanti. Rumah i ni dekat dengan kawasan pantai, best untuk cycling pagi petang. Sini pun banyak restoran seafoods, and dah start membangun, dekat nak pergi ke town. Tapi jauh sikit nak pergi kerja hahaha. 

Thats why i ajak husband untuk stay sini. I suka environment dia 🙊Orang Kuantan mesti tahu area mana 😂😂😂 



Atas ni ada video i pergi visit construction site rumah baru i tu. Tapi tak masuk pun sebab unsafe kan. Paku bagai. Progress boleh tahan laju jugak, macam dah 50% siap. Uols doakan banyak-banyak untuk i okey? Semoga urusan nak masuk nanti dipermudahkan. Ameen!

*Banyak benda nak fikir. Kitchen cabinet, grill, wiring, awning, curtain rail, cat and banyak lagi. Sakit kepala i 😰😰😰

Saya tak suka buah salak,
Wish me luck!!

Okey bai !!

Wednesday, November 21, 2018

Asam Pedas Kaw by Mamayue

Hi, assalamualaikum semua!

Hari ni iols cuti lagi, esok pun Next Monday dah start new semester, so iols memang dah tak mengadaplah blog buat sementara waktu.

Hari ni i nak share resepi Asam Pedas. Kalau uols nak tahu, asam pedas ni macam menu utama family i bila balik kampung. Ma mesti buat. Al-maklumlah abahku kan asal orang Johor.

Asam pedas ni kuahnya wajib pekat dan kaww. Kalau cair dah jadi asam rebus. Tapi orang utara, asam pedas dia macam asam rebus. Cair macam kuah tomyam tu. Lain-lain tempat kan, lain caranya. Tapi yang penting, asam pedas sinonim dengan negeri selatan iaitu Johor dan Melaka.

So, ini resepinya. Ni bukan resepi dari my ma ye. Resepi dia maybe lain sikit sebab tu rasa lagi sedap yang dia hahaha. Husband i suka sangat asam pedas my ma 😖


Resepi Asam Pedas Ikan

Ikan (tenggiri, kembung, pari, jenahak -the best choice)
Cili kering (kisar)
Bawang merah (kisar)
Bawang putih (kisar)
Halia (kisar)
Kunyit hidup (kisar)
Sedikit lada hitam (tumbuk)
3/4 biji tomato dibelah (memekatkan kuah)
2 batang serai diketuk
4 batang bunga kantan dibelah dua
Daun Kesum (wajib bagi i)
Beberapa batang sayur bendi (wajib oii)
Air asam jawa (kalau tak ada ganti asam gelugor)
Air kosong

Cara-caranya

1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumis semua bahan kisar (cili boh) sampai garing dan naik bau. Bahan kisar perlu banyak sikit, jangan kedekut. 
3. Masuk serai, bunga kantan, daun kesum. Tumis kejap.
4. Masukkan air kosong.
5. Masukkan lada hitam ditumbuk dan air asam jawa.
6. Masukkan sayur bendi dulu supaya empuk.
7. Masukkan tomato dibelah. Tunggu mendidih.
8.Masukkan ikan. Tunggu sampai masak dan mendidih.
9. Tutup api. Haa lepastu kemaslah dapur tu. Jangan biar berkulat ! 😂

Ayam betina ayam jantan,

Johor negeri kesayangan!

Panas terik cuaca bahang,
Tempoyak sedap ada di Pahang!

Ok bai !!




Tuesday, November 20, 2018

Tips Gigi Putih Bersih

Hi, assalamualaikum uols. Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam.
Ini adalah post pertama yang related dengan tips. So, kali ni I nak share tentang gigi putih. I sejenis yang suka jaga gigi jugaklah sebenarnya, especially part gigi putih and bersih. Pernah buat teeth whitening/bleaching dekat clinic tapi 2x je setakat ni sebab costly haha. Tu pun dah berzaman tak buat. Tapi bleaching memang tak boleh buat selalu hehehe. And of course scalling kena lah buat once a year. Pakai optic white, avoid caffeine (memang tak layan sebab migraine) and etc. 😲
Serbukkk arang gigi Dherbs.. 2 kali sehari..
Dherbss, Dherbbs..hahaha. 😂😂😂
Ok lupakan pasal serbuk arang sebab tak ada kaitan pun. Tips ni I jumpa dalam Facebook. Lupa kat mana tak sempat nak kredit pada penulis sebenar.
Lemon & Garam Bermanfaat Untuk Mencerah Serta Memutihkan Gigi 
BAHAN-BAHAN:
1 buah lemon
1 sudu garam halus 

CARA-CARANYA:
1. Perah air lemon kemudian campur dengan garam.
2. Pastikan garam larut dengan sebati ke dalam air lemon.
3. Gunakan campuran lemon dan garam ini sebagai ubat gigi.
4. Berus gigi dengan lembut lebih kurang selama 5 minit. Kumur dengan air hingga bersih. Seterusnya, berus gigi menggunakan ubat gigi biasa yang digunakan seharian. Kumur-kumur hingga bersih.
5. Dengan cara mudah ini, anda akan dapat hasil yang berbeza dari biasa. Lakukan cara ini satu hingga dua kali seminggu. Tapi jangan lakukan terlalu kerap kerana ini boleh menyebabkan lapisan enamel pelindung gigi terkikis atau rapuh. 

I buat ke tips atas ni? Hahaha . Buat tapi cara moden sikit. I guna Listerine yang botol off white tu. Sebabnya bahan utama dia pun memang dari lemon and salt. Dah nak masuk botol ke 4, size paling besar gedabak tu. Yang 750ml. Sebelum ni pakai Listerine jugak, tapi jenis lain. Sharing is caring 💗💗💗

P/s: Ada tips lain tak? Sebab hubby i ni gigi dia memang original agak yellowish, macam-macam cara buat tapi tak menjadi. Sebab dia tak merokok pun. 😬


Monday, November 19, 2018

Mini Pizza Vodo by Mamayue

Hi, assalamualaikum semua! 

Post kali ni i nak share how to make mini pizza vodo guna roti gardenia. Vodo ni maksudnya simple, ringkas, tak leceh haha. Asal dari word bod*h sebenarnya. Tapi sopan sikit kita panggil vodo okey 😋

Resepi ni i hentam je tapi inspired dari group MAHN and i ubah ikut ingredient yang ada dalam fridge je. Pernah je buat sebelum ni, cuma tak kesempatan nak share hehehe .

Resepi Mini Pizza Vodo
Buttercup
Wholemeal Bread
Bolognese Sauce
Chicken Sausages (siap rebus)
Cheese (if ada mozzarella cheese lagi bagus)
Italian Herbs
Blackpepper Coarse
Paprika Ground





Favourite hubby, tengok dia dah cop dua ketul. Padahal makan berdua je. Tak ada orang pun nak berebut dengan dia haha.

Okey guys, boleh lah cuba tau. Sebabnya sumpah sedap sangat. Nak best uols carilah mozarella cheese, barulah cheese tu tarikkk panjang macam pizza hut tu. Kalau takda air fryer boleh guna pan or microwave / oven jugak. Mana-mana pun boleh uols. Ikut kreativiti uols 🤗

Berdoa time hujan insyallah makbul,
Salam Maulidur Rasul !

Ok bai !!

Sunday, November 18, 2018

Kek Batek by Mamayue

Hi, assalamualaikum semua ! 

So, today i'm gonna share how to bake kek batek hahaha. Actually, ni kali kedua buat. Kali pertama tak jadi. Terlalu manis and crunchy. 

So, after got some tips from my officemate, done some research on google and fb barulah buat untuk kali kedua. Entah jadi ke tidak tunggu malam ni masa nk potong 🤣😅🤢  Buat ni pun untuk hubby haha. Kalau tak sedap telan jela 😂

Actually, I'm not good in baking. Tak macam my ma serba serbi pandai. Anak dia harem tak pandai apa. Lol. Kalu kali ni tak jadi nampaknya ini adalah kali terakhir i baking. 🤣🙈

Post ni bukan nak ajar buat kek batek tau, siapalah i nak ajar orang haha. I bukan pakar, i just sharing apa yang i rasa macam menarik (menariklah sangat 🙄😌)

Semalam bakery shop tutup, so i pergi Tunas Manja dekat area rumah je and beli apa brand yang ada sahaja. I have no choice lah beb ! Dekat bawah ni resepi and brand yang okey untuk uols guna. Anddd ada lah video sikit untuk uols, tapi sorry selekeh malas nak bersiap 🙆😌🤣

Resepi Kek Batek

Butter 1 - Anchor/SCS/Emborg
Milo 1 (small)
Cocoa powder (suku) - Van Houten is the best brand
Susu pekat (separuh tin) - Marigold Less Sweet
Biskut Marie (1 pack) - Munchy
Whipping Cream (suku) - Emborg (small)
Air


#Update
Ya Allah, alhamdulillah jadi. Soft, less sweet, lemak pahit choc just nice. Suka sangat menjadi, ketua rumah cakap sedap 😍

#Update
Ada orang suka makan jenis topping melimpah ruah, ada orang suka just nice moist biasa, ada orang suka makan jenis kering mampat, ada orang suka crunchy. 


#Update
Kalau i suka yang macam ni, moist biasa-biasa sahaja. Tapi ada satu version orang buat jenis padat tapi still lembut, i suka yang tu lagi. Tapi kadang datang mood nak makan yang jenis topping banyak. Hahaha.

Nanti malam i update pic kek yang dah siap potong ye? Dia tengah rest and chill dalam fridge jap 🙈

Anak kambing dalam belukar,
Anak awak main motokar,
Saya bukanlah pakar nak mengajar,
Saya hanya kongsi sahaja.

Pantun kali ni out 😂

Okeylah, k bai !!

Video : Oden For Second Time LOL (rice cooker version)


Hi, assalamualakum semua !

Hujan ke tempat uols? Kuantan ni dari semalam hujan mendung je. Sejuk manjang tak payah on aircond dah 😱 

Disebabkan hari tu buat Oden, ada lagi lebihan frozen semua tu, so hari ni kita buat Oden lagi. But rice cooker version. Lagi sedap rupanya, soft gila and kembang semangkuk Oden i. Then, for second time ni i add on brokoli. Sedap sangat oi layan sambil tengok TV, hujan renyai bersama cik ngok ngek saya ni hahaha 😙


Okeylah, nak resepi boleh check post Oden sebelum ni okey? Mintak diri dulu! Jap pantun dulu 🤗

Hujung tahun musim hujan,
Family Mart memang takda di Kuantan!

Friday, November 16, 2018

Oden Ala Family Mart by Mamayue

Hi, assalamualaikum semua !

Tadi baru lepas makan setelah ber IF selama 23jam uols. Kelaparan iols. IF tu apa? Nantilah next post I share ye? Baru buat 33 hari, nanti I rasa nak share I post okey. Hehehe.

So, I makan Oden tadi. Bukan beli dekat Family Mart, tapi buat sendiri and follow resepi jumpa kat FB. Sebab dekat Kuantan tak ada Family Mart pun hahaha.

(Ala odeng, odeng..lembu patah tandukk..patah tandukk..) 

Pernah dengar tak lagu ni? Hahaha.

Rasanya ramai kot tahu tentang Family Mart kan? Dah banyak viral makanan-makanan dekat situ. I pernah pergi sekali je dekat Genting. Rasa semua benda nak ambik and beli oi, sebab I peminat makanan Japan and Korea.

Oden ni makanan orang Jepun masa musim sejuk. Macam kita ni, musim hujan sejuk-sejuk ni memang syok gila makan oden yang panas suam tu oi. Rasa nyaman hahaha. Tapi tak boleh selalu ya!

Okey ni resepi buat Oden untuk 2 or 3 orang makan :

Resepi Oden by Mamayue

1 Pes Perencah Asam Pedas ADABI
2 Pes Perencah Tomyam Merah ADABI
Air Kosong 3 Cawan Besar (dalam 1 liter something)
Lidi (untuk cucuk semua frozen food)
Crab Stick
Cheese Fish Tofu
Crab Ball
Chicken Sausage
Fish Ball
(and apa sahaja jenis yang uols suka la, nak letak sayur brokoli ke.. telur puyuh rebus ke..I buat simple je sebab nak buat makan laki bini je hee)

Cara-caranya :

1. Cucuk semua fish ball, crab stick bagai tu guna lidi. Macam sate tula uols!
2. Then, panaskan periuk. Masukkan air kosong.
3. Masukkan pes-pes perencah.
4. Kacau dan tunggu mendidih.
5. Lastly, masukkan batang oden yang dah siap cucuk tu secara tegak. Tunggu masak and sedia untuk di makan!

I tak guna lidi sebab tak beli. So, I campak je semua barang-barang tu seketul demi seketul.

Okey, cara makan pulak keluarkan batang Oden tu dari periuk ke dalam mangkuk uols, then tuang la sikit kuahnya. Sambil ngap, sambil hirup kuah. Gituuu !

Okey kat bawah ni ada video and beberapa pics dari I masa masak tadi.










Sebelum I undur diri, izinkan I berpantun dulu okey.

Anak haruan anak pari,
Berlari-lari cari guli,
Hidup ini rajinlah terokai,
Kalau tidak rugilah diri !

Eh, nak berlari macam mana sebab ikan mana ada kaki LOL.

HAHAHA Ok bai !


Part 1 : Skincare Routine by Mamayue

Hi, assalamualaikum semua !

I betul-betul free hari ni hahaha. So, petang ni I nak share my skincare routine. I tak flawless tapi  skin I sejenis yang susah nak ada problem hehehe.😝

Uols mesti pernah kan orang tanya pakai apa untuk muka. Samalah I pun sama. Kawan-kawan suka tanya, students pun ramai juga yang tanya. Biasalah perempuan memang macam tu, suka bertanya and sharing-sharing gitu. Hehehe.😂😂😂

Okey sebelum I share, I nak story dululah sikit sebelum ni I pakai product apa kan.

FYI, sebelum ni I memang suka pakai local product like Shadira Beauty, SF Beauty and Dessi Damayanti. I sejenis tak suka tukar-tukar product. Tapi sebelum ni I memang pakai 3 brand ni. Paling lama adalah Shadira Beauty sebab sangat elok. Then, tukar SF Beauty and lastly adalah Dessi Damayanti.😁

And selepas Dessi Damayanti tu, I tetiba rasa nak tukar product dari drugstore selepas baca satu entri ni. 😱😱😱

So, now I pakai product-product dibawah start dari tahun 2017. Will be continue in Part 2 💋


Cetaphil Cleanser : Disebabkan skin i ni sejenis combination skin types, so i pilih cleanser jenis gentle. Dia ada dua jenis, lagi satu oily untuk skin yang sensitif dan berjerawat. This cleanser dia tak berbuih but it is really worked! 😍

St.Ives Scrub : Now, move to scrub. For face scrub, i pilih brand St.Ives which is green tea scrub. Brand ni dia banyak jenis scrub tau. Ada apricot, coconut coffee, oatmeal, pink lemon, avocado and etc. But the best seller is green tea. Green tea scrub ni dia halus sikit dari yang lain tau and function dia untuk clear kan blackhead and uncloge kita punya pores. Try lah! I dah nak masuk botol ke-3 dah untuk green tea scrub from St.Ives ni tau, best sangat ! 😚

Cetaphil Daily Facial Moisturizer (SPF 15) : Okey tak tipu sumpah, the best ever moisturizer i pernah pakai. Sebab before this moisturizer yang i pakai jenis oily and muka bila berpeluh tak payah cakap, habis lencun. Yela texture moisturizer kan macam lotion. But for this moisturizer, texture dia still macam lotion jugak BUT non-greasy and memang tak akan berminyak muka. Lembab natural je uols! Apply sebelum nak pakai foundation memang sangat best! 😊