Showing posts with label Mamayue's Journey. Show all posts
Showing posts with label Mamayue's Journey. Show all posts

Monday, December 31, 2018

2k19 vs My late FIL

Hi, assalamualaikum guys. 
Actually not in mood nak blogging, tapi sebab tengah free, layankan ajelah 🤗

Today is our last day for 2018. Alhamdulillah, 2018 adalah tahun yang paling banyak rezeki datang. Syukur pada Yang Esa. 

Yes, I'm ready for 2019! Semakin hari, semakin mencabar and sometimes rasa nervous untuk lalui hari-hari mendatang. Tapi i sebagai Ketua Persatuan Wanita Besi Sedunia, harus menangani cabaran ini dengan sebelah mata 🤧

Ok sambung,

Tanggal 26hb December 2018, jam 1.30am, arwah ayah mertua (Bak) telah meninggal dunia buat selamanya. Perkara ni sangat memberi kesan kepada my husband and his family termasuk diri ini. I can't describe my feeling to others. Bila tengok husband sedih, i pun akan turut sedih. 

Walaupun jarang bersua muka disebabkan kekangan masa, jarak dan perkara lain. Doa seorang anak tak pernah putus untuk kedua ibubapanya. Tapi, orang tak tahu dan tak nampak. Sometimes i feel like so disappointed with certain of them yang make their own judgment. I know my husband well. 

Husband cakap, kita yang masih hidup perlu teruskan hidup seperti biasa. Sebelum balik Kuantan, singgah kubur berdua. When my husband started talking with "his dad" about certain things like a real conversation. I'm cried, it's really touched. 

Insya'allah, ada hikmah dariNYA. Sedih tak boleh disangkal, tapi meratapi terlalu lama pun tak baik. Hanya doa yang mampu dikirimkan untuk Bak dari kami sekeluarga. Al-fatihah. 

Semoga kita semua kuat dan tabah menjalani hidup untuk tahun baru 2019. 

Dihari pernikahan kami berdua. Masa ni Bak dah kurang sihat sebab accident.


Fresh HOPES, Fresh PLANS, Fresh EFFORTS, Fresh FEELINGS, Fresh COMMITMENT. Welcome 2019 with a fresh ATTITUDE. Happy New Year everyone! 


Lots of LOVE, Yuyue 💖

Friday, November 30, 2018

Jarakkan Diri Kita Dengan...

Hi, assalamualaikum semua !
Hopefully uols sihat-sihat aje yea. Baru berkesempatan nak up post dekat blog. 

Iols busy sikit sebab first week untuk new semester kan. Biasa week 1-3 ni memang agak busy sikit guys. Macam-macam nak kena settle 😴

Jarakkan diri kita dengan...
Dengan siapa?
Dengan orang yang kita tak ngam, yang selalu menjatuhkan kita, yang tak suka kita. 

Prinsip ni i dapat dari page Dr.Zubaidi. And i totally agreed with that. 

Katanya, dia tak sakit hati tengok kita. Dan kita pun tak sakit hati mengadap dia. 

So, lately. I memang mempasifkan diri dari orang seperti itu. Tak kisah either yang ada blood relation or sebaliknya. Tak kisah orang nak cakap apa guys. U baik ke, u jahat ke. Kalau orang dah tak suka, tetap tak suka hahaha.

Daripada kita bergaul dan mengadap orang yang memang kita tahu dia tak suka kita, lebih baik kita letak distance or gap supaya kita pun tak makan hati. Tak mengeruhkan keadaan. Dan orang tu pun tak ada point nak cari pasal 🤐

Bukan apa, certain orang ni i tengok suka sangat melayan orang yang meroyan. Biarkan mereka meroyan guys. Lama-lama dia pun dah bosan. Dulu  time muda, i pun jenis cepat melatah jugak kalau orang cari pasal, tapi dah berusia sikit ni tak kuasa nak layan hahaha. Ignore jelah beb !

Baik kita dekatkan diri dengan surrounding yang positive, positive people. Pemikiran kita pun akan automatic jadi postive sebab mereka tau. Kita pun tak stress. 

Semoga kita keep positive, fikir dan ingat benda baik-baik aje tau ! Susah tapi boleh.

Marilah kita majukan diri lagiii bagus 😇😇😇

Saya tak suka bidang automotif,
Hidup ini perlu positif!!

Okey baii !!!

Thursday, November 22, 2018

Visiting My New Home's Construction Site

Hi, assalamualaikum uols 😇
Dah lunch ke tu?hehehe.

Okey, post kali ni i just nak share tentang rumah baru yang i beli dalam pertengahan tahun ni. Estimate date adalah next year 2019. 

Rumah terrace je uols. Duduk kawasan macam i ni, memang terrace jela banyak. Nak rumah tanah lot memang susahlah guys. Ala, terrace biasa je uols, monthly installment pun just 1.2k je. Takpelah, janji i ada aset atas nama i sorang kan, tak mau share nama purchaser 😂 sebab tu memang target i dari dulu 🙊 Syukur ada rezeki Tuhan bagi. 😇

So, i ajak my husband untuk stay sini bila dah siap nanti. Rumah i ni dekat dengan kawasan pantai, best untuk cycling pagi petang. Sini pun banyak restoran seafoods, and dah start membangun, dekat nak pergi ke town. Tapi jauh sikit nak pergi kerja hahaha. 

Thats why i ajak husband untuk stay sini. I suka environment dia 🙊Orang Kuantan mesti tahu area mana 😂😂😂 



Atas ni ada video i pergi visit construction site rumah baru i tu. Tapi tak masuk pun sebab unsafe kan. Paku bagai. Progress boleh tahan laju jugak, macam dah 50% siap. Uols doakan banyak-banyak untuk i okey? Semoga urusan nak masuk nanti dipermudahkan. Ameen!

*Banyak benda nak fikir. Kitchen cabinet, grill, wiring, awning, curtain rail, cat and banyak lagi. Sakit kepala i 😰😰😰

Saya tak suka buah salak,
Wish me luck!!

Okey bai !!

Friday, November 16, 2018

Do I Enjoy Being a Lecturer?

Hi, assalamualaikum semua !

Nampaknya office kosong sebab semua orang tengah struggle habiskan sisa-sisa cuti hahaha. My friends sorang pun tak ada beb ! So, I’m alone now and decided untuk tulis blog baru ni. Barulah nampak full blog I kan! LOL 😂

So, topic I pilih ni adalah based on question from my old friends and of course my students. Relatives pun ada juga yang tanya especially my sister in-law, family members I pun mostly educator sebenarnya. Abang and wife abang I cikgu, adik bawah I pun lecturer. Cuma adik bongsu sahaja yang lari sikit, jauh menyimpang dari kami semua. Dia seorang Web Developer, sebelum ni IT programmer hehe.  👯


Soalan yang biasa I terima masa mula-mula bekerja as a lecturer adalah seperti ini hahaha.

Weh best ke jadi lecturer ?
Madam, madam macam mana nak jadi lecturer, best tak?
Tak sangka kau dah jadi lecturer kan sekarang, happy tak?
Kau mesti jadi lecturer yang garang kan weh ?
Bangga aku ada kawan jadi lecturer!

Err? 😖

Actually, I tak bangga. Macam mana ya nak cakap. I tak bangga or rasa macam bagus sangat pun. Cuma I rasa satisfied sebab ini cita-cita I start dari Diploma dulu. Tapi I tak pernah reveal dekat sesiapa pun even my parent. That’s why habis je Degree, I kerja dalam 1 year sahaja. Then, I request dekat abah untuk continue Master. Abah I memang bagi fully support without any argument sebab abah I sejenis suka kalau anak-anak dia belajar tinggi. 😅

Tapi, be honest, memang seronok jadi lecturer ni. Walaupun ada certain time kita akan rasa pressure, tak cukup rest tapi seronok and enjoy tu lebih. Maybe sebab memang passion I adalah mengajar.

Students zaman sekarang sangat mencabar guys! Bukan macam zaman kita. Ya Allah jauh beza 200%. So, sangat mencabar untuk i handle diaorang. Mula-mula mengajar I agak blur and  lost, nervous, low confident level. Masuk sahaja second semester I dekat college, I dah tau rentak students disini , culture disini. So,  I dah boleh handle sampai sekarang. Pejam celik dah 4 tahun lebih I mengajar. 😅😅😅

Student ni semuanya okey and baik je, nakal sikit tu biasa. Cuma kita ni as a lecturer perlu pandai handle diaorang. Tak boleh nak emosional setiap masa. Marah tu biasa, tapi takkan lah 24jam nak marah hahaha. Depends on situation lah. 😉

Sometimes, i seronok tengok life students, sebab kita pun pernah jadi student. Bila tengok student present, discuss, buat assignment semua. Mesti rindu zaman belajar .😰😥

I tak garang, tapi I tegas and I memang akan letak gap dengan students. Jadi lecturer ni macam artis lah. Tapi artis peringkat college/uni jelah hahaha. Ada student suka, ada student tak suka. Perkara biasa. Macam artis, ada haters..ada fans. 😹

Nak didik orang jadi manusia bukan senang kalau kita sendiri pun tak terdidik guys. I pun tak perfect, dulu pun I macam diaorang. So I faham. Sebab I pun pernah jadi remaja.

Okeylah guys, macam panjang sangat pulak. Mesti boring uols baca hahaha. 

Do I enjoy being a lecturer? 
The answer is YES !💝💝💝💝

Dalam botol ada budu,
Dimakan oleh laki aku,
Hormati pensyarah dan juga guru,
Barulah berkat ilmu tu!

Hahaha. Ok bai !

Thursday, November 15, 2018

I'm Lost ! LOL

Hai, assalamualaikum semua !


Ya Allah, finally ada jugak masa untuk blogging. Last blogging January 2018 and now dah November 2018. Hahaha. Setahun dua kali je guys LOL. Lain betul if compare dengan zaman study dulu, blog lama tu almost everyday ada new post hehehe. Rindu pula dekat blog lama i tu. Kenapalah i pergi deleted kan ! #menyesal 😅

So, sekarang students tengah semester break. Dapatlah i blogging kejap kan. Nanti 26hb i dah start busy semula. Semester baru dah start katakan. Now, kolej i dah start buat trimester which is ada 3 semester dalam setahun. Usually kita kan setahun ada dua semester je. Fuh, penat oi !

I tak tau nak story apa untuk post kali ni. hahaha. Tetiba rasa macam blur and lost. Oh damn! 😡

Sorrylah guys if blog i kali ni agak boring. Tak macam blog dulu yang happening. Maybe ikut faktor usia hahaha. Now i kan dah 32, so blog i ikut i punya umur. Makin tua makin mereput hahaha.

Boleh bagi suggestion tak nak story tentang apa? I nak stop dululah, nak touch up sikit blog i bagi menarik ! Sementara tengah free ni kan. 👀

Okeylah i minta diri dulu, bagi i space dulu nak fikir topic yang sesuai yea? Sebelum pergi izinkan i berpantun dulu macam biasa hehehe.

Semua orang sedang bercuti,
Hamba duduk seorang diri,
Musim hujan sudah mari,
Jom selimut tidurkan diri !

HAHAHA ok bai !

Saturday, January 27, 2018

Permulaan 2018 Yang Sangat Baik

Assalamualaikum , happy weekend ☔

Alhamdulillah, sambil tunggu husband balik kerja nak gerak balik Bentong ni, ambil kesempatan lah untuk blogging hehehe. I have something to share with... Opss adoii husband sampai dah, nanti continue !!

Ok sambung hehehe. 

Awal tahun 2018 ni adalah satu permulaan yang agak baik bagi diri ini. Mungkin tahun ni adalah my lucky year after facing a hard situation for last year. Hujung tahun 2017, I had listed beberapa wishlist to achieve and it's a bit surprised when I got it in a same time, same month and so early. Alhamdulillah ya Allah. 

So, bila dah achieved that wishlist bolehlah I share dekat sini 🙊 

1. Rumah atas nama sendiri sebelum umur 35. Alhamdulillah finally I got my own house on my single name only. Itulah cita-cita yang selama ini diidamkan. Even it's just a terrace house, I'm still proud and happy with that 😇  At least I got my own asset, satisfaction achieved ✔

2. Career. Alhamdulillah what I wish for 4 years akhirnya tercapai. Ada perubahan yang agak positif for my career as I wish before. Syukur sangat.

3. My husband's career. Alhamdulillah and congratulations for my husband on his achievement in career. Everyday I always pray for it. And finally God give it to us . Syukur. 


Alhamdulillah setakat ini, semua dah tercapai. Sentiasa mendoakan untuk uols juga. Moga dipermudahkan urusan.

Buah tembikai, buah ciku,
Hamba minta diri dulu !!

Ok bai !!!


Tuesday, December 26, 2017

Two Thousand Eighteen


Hai, assalamualaikum semua.

Lama tak bersiaran 😜 hahaha.

Takpa blog baru ni bukan glamour pun macam blog lama yang dah deleted tu hahaha.

Yup ! ada lagi 5 days lagi nak menjengah ke new year. Actually, tahun 2017 adalah tahun yang paling disasters buat diri i. So, i memang tak sabar-sabar nak masuk 2018 coz nak buka buku baru! Nak lupakan semua bad memories 2017 hehehe.

Setiap kali masuk sahaja new year, mesti orang tanya pasal azam. Kenapa asyik tanya azam eh? Kenapa tak tanya benda lain ? Entah i pun tak tahu, sebab bila sahaja masuk new year memang dah sinonim dengan azam.

So, uols punya azam.. harapan.. impian tahun-tahun lepas dah achieve belum? Kalau long-term goals of course kadang makan masa nak achieve, biasalah tu. Actually, kalau sebut pasal azam dan impian ni, i jenis segan sikit nak share dengan orang. Sebab apa, sometimes certain people ni suka underestimate our goals.

    "Hai, daripada tahun lepas aku dengar kau nak pakai BMW, kereta sama jugak aku nampak daripada 10 tahun lepas"

Haaa this one adalah example hahaha.I don't like this types of people.

Tapi alhamdulillah, kebanyakan wishlist i semua dah achieved. Cuma ada 3 benda lagi yang belum tercapai, tapi tak nak share haha. Once dah achieve that goals, baru i nak share LOL !

Cuma kan, cuma kan.. 2018 ni i memang nak jauhkan diri i dari manusia-manusia negatif yang terlampau judgemental dan manusia yang acah-acah suci tapi taring kalah jin Ifrit. Sebab iols serabut dengan manusia macam ni. And now pun, i dah slowly jauhkan diri dari manusia yang i rasa macam lalang and untrusted.

Err, boleh tak jalani hidup ni macam biasa je?

Ok dah, habis. Hahaha. So, jadikan 2018 kita tahun depan ni penuh dengan perkara-perkara yang happy dan bermakna. I doakan apa yang uols impikan tercapai dan dipermudahkan olehNya. Amin. Semoga tahun 2018 nanti, adalah tahun yang membawa tuah dan dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda.

Oh, uols celebrate new year ke. I tak pernah celebrate pun haha. Tapi new year ni kena balik Bentong sebab my mom dah booked massage session dengan makcik Indonesia kat sana.

Biasalah badan nak guna lama 😙 urut-urut ni at least 2-3 bulan sekali kena buat lah. Biasa buat kat Kuantan, tapi kali ni my mom suruh balik buat kt sana. Heee 😊


Okeylah, banyak sangat dah menaip. Hamba nak balik dah, dah jam 5pm 😆

Tapi sebelum mengundur diri, izinkan hamba berpantun dulu seperti biasa?


Kuda belang kuda hitam,
Berlari-lari dalam kandang,
Teguhkan impian kuatkan azam,
Semoga tercapai akan datang!


HAHAHA. Ok bai !



Friday, March 3, 2017

Hey ! I'm back, yehaa !

Hi guys, i'm back untuk sekian lamanya hahaha.❤
Now i dah tak berapa rajin writing coz busy with career and life ✌
Dua blog lama i, i dah deleted atas reasons tertentu since i dah kerja ni. Opss. 

Dah 3 years tak blogging. Too many experiences sebenarnya boleh share, tapi rasa malas betul nak menaip sekarang hahaha. 

Actually, i really miss my previous blog..Rasa menyesal plak deleted sebab followers dah beribu. Ini satu habuk followers pun takda LOL !

So, blog ni have no concept and more too general information plus journey of my life lah kot ? Jangan lah ini jadi 1st and last post untuk 2017 ni hahaha. Pftttt ! 

Baru habis class tadi, sambil-sambil tunggu 5pm..i blogging jap lah kan. Cuma takda specific topic nak share untuk 1st post ni hehehe. Just santai-santai je. Blog pun belum "renovate" habis lagi. Buat basic je dulu hehehe. 

So, rasanya stop sini dulu lah ye. Izinkan hamba membelek apa yang patut untuk blog baru ni. Rasa dah kekok pulak kan. Tapi, sebelum mengundur diri izinkan hamba berpantun dulu ? 

Anak itik anak ayam,
Berlari-lari di tepi ladang,
Mohon korang jangan kecam,
Ini hobi lamaku di masa lapang. 

HAHAHA. Ok bai !