Tuesday, November 20, 2018

Tips Gigi Putih Bersih

Hi, assalamualaikum uols. Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam.
Ini adalah post pertama yang related dengan tips. So, kali ni I nak share tentang gigi putih. I sejenis yang suka jaga gigi jugaklah sebenarnya, especially part gigi putih and bersih. Pernah buat teeth whitening/bleaching dekat clinic tapi 2x je setakat ni sebab costly haha. Tu pun dah berzaman tak buat. Tapi bleaching memang tak boleh buat selalu hehehe. And of course scalling kena lah buat once a year. Pakai optic white, avoid caffeine (memang tak layan sebab migraine) and etc. 😲
Serbukkk arang gigi Dherbs.. 2 kali sehari..
Dherbss, Dherbbs..hahaha. 😂😂😂
Ok lupakan pasal serbuk arang sebab tak ada kaitan pun. Tips ni I jumpa dalam Facebook. Lupa kat mana tak sempat nak kredit pada penulis sebenar.
Lemon & Garam Bermanfaat Untuk Mencerah Serta Memutihkan Gigi 
BAHAN-BAHAN:
1 buah lemon
1 sudu garam halus 

CARA-CARANYA:
1. Perah air lemon kemudian campur dengan garam.
2. Pastikan garam larut dengan sebati ke dalam air lemon.
3. Gunakan campuran lemon dan garam ini sebagai ubat gigi.
4. Berus gigi dengan lembut lebih kurang selama 5 minit. Kumur dengan air hingga bersih. Seterusnya, berus gigi menggunakan ubat gigi biasa yang digunakan seharian. Kumur-kumur hingga bersih.
5. Dengan cara mudah ini, anda akan dapat hasil yang berbeza dari biasa. Lakukan cara ini satu hingga dua kali seminggu. Tapi jangan lakukan terlalu kerap kerana ini boleh menyebabkan lapisan enamel pelindung gigi terkikis atau rapuh. 

I buat ke tips atas ni? Hahaha . Buat tapi cara moden sikit. I guna Listerine yang botol off white tu. Sebabnya bahan utama dia pun memang dari lemon and salt. Dah nak masuk botol ke 4, size paling besar gedabak tu. Yang 750ml. Sebelum ni pakai Listerine jugak, tapi jenis lain. Sharing is caring 💗💗💗

P/s: Ada tips lain tak? Sebab hubby i ni gigi dia memang original agak yellowish, macam-macam cara buat tapi tak menjadi. Sebab dia tak merokok pun. 😬


No comments:

Post a Comment