Credit to : FB PAGE INI SAINS BEB
POKOK
LIDAH JIN (YANG TERSAKITI)…
Viral
lagi pokok lidah jin (nama saintifik: Dracaena trifasciata, dahulunya dikenali
sebagai Senseviera trifasciata). Tumbuhan dari
family Asparagaceae ini sebenarnya natif dari bahagian tropika benua Afrika.
Namun, telah menjajah masuk kehati dan seluruh rantau dunia.
Tumbuhan
ini cantik menghiasi rumah-rumah kediaman dan pejabat sekian lama. Bukan sahaja
menyegarkan ruangan, penjagaannya juga ringkas dan mudah.
Soalnya?
Benarkah tumbuhan ini beracun dan berbahaya?
DRACAENA
TRIFASCIATA MEMBERSIH UDARA?
Tumbuhan
ini mula menempa nama apabila dikatakan mampu membersihkan udara dari pelbagai
bahan kimia meruap (benzene, formaldehyde, xylene, toluene dan
trichloroethylene). Mungkin ramai yang menyangka ini hanyalah cakap-cakap
kosong bagi mempopularkan pokok lidah jin.
Sebenarnya,
kajian tentang tumbuhan ini benar-benar wujud dan dilakukan oleh National
Aeronautics and Space Administration (NASA).
Tujuannya?
Untuk membendung cemaran udara di space station yang ruangannya kecil dan
sempit. Boleh baca beberapa laporan NASA Clean Air Study untuk kesahihan.
Dalam
kajian ini beberapa tumbuhan Dracaena seperti (D. trifasciata, D. fragrans, D.
deremensis, D. marginata) telah ditemukan efisyen menyerap dan membendung
cemaran udara seperti yang tersebut diatas.
Beberapa
tumbuhan lain seperti tumbuhan genus Philodendron (P. domesticum, P.
bipinnatifidum, P. cordatum), lidah buaya (Aloe vera), Anthurium, Ficus,
Dendrobium (orkid) juga memberikan keputusan yang memberangsangkan.
Tumbuhan
ini bernafas dan mengambil udara dari persekitaran. Sama seperti kita.
Sekaligus menyerap bahan kimia meruap dan menukarkannya menjadi kompaun dan
sebatian yang tidak berbahaya.
Tetapi,
bukanlah semudah kita meletakkan sepasu orkid yang cantik terus bersih udara.
Sudah tentu tidak! Mungkin kita perlukan sepokok bagi setiap meter kubik atau
lebih.
Namun
setidaknya, ada sepokok dua tu oleh jugalah membuang toksin diudara jika ada.
DRACAENA
TRIFASCIATA MENYERAP HABUK?
Tumbuhan
biasanya ada trikom (trichome) yang melindungi tumbuhan dari debu, kepanasan,
UV dan ada juga yang merembeskan metabolite dan toksin pertahanan diri.
Begitu juga pokok lidah jin. Jadi nampaklah macam habuk dan debu terperangkap dipermukannya.
Tumbuhan
ini juga diselaputi wax. Sama seperti tumbuhan lain juga. Wax dan trikom ini
juga melindungi tumbuhan dari kehilangan lembapan. Jadi nampaklah macam debu
terkumpul disana.
Sebenarnya
segala barangan yang ada dirumah seperti kipas, lampu, tangga (dan tuan rumah
yang tidak bergerak-gerak dari depan laptop akibat work-from-home) juga
mengumpul debu.
Kalau
nak hapuskan debu, bukan lah tanggungjawab pokok lidah jin, Tuan empunya rumah
bersenjatakan mop, penyapu, dan penyedut hampagas adalah alat paling efisyen
dan ekonomi!
MIKROORGANISMA
BERBAHAYA DARI PASU TUMBUHAN DALAM RUMAH?
Dracaena
trifasciata ini seperti tumbuhan lain ditanam dalam media tanah. Mudah saja, ia
membiak melalui rizom dan keratan batang. Hanya cucuk ke tanah, hiduplah ia.
Nak bela pun senang. Hanya siram sekali atau dua kali seminggu, cukup dah. Kalau terlebih air, boleh reput akarnya. Mati pulaa… (pokok saya lah tu. Sobs…)
Tanah
memanglah syurga bagi mikroorganisma seperti bakteria, fungus, protozoa dan
sebagainya. Betul lah tu, kalau letak pasu berisi tanah dalam rumah, kita akan
terdedah dengan billion mikroorganisma dalam pasu tersebut.
Tandas,
malah telefon bimbit yang selalu diletakkan dimuka itu juga mempunyai koloni
mikroorganisma yang tidak kurang hebatnya. Apakah kita perlu buang tandas dan
telefon dari rumah kita? Sudah tentu tidak. Kita bersih dan disinfek cukup
cukup…
Jadi,
janganlah makan, sentuh tanpa lapik (bukan mahram) ketika mengendali tanah
tersebut. Pakailah sarung tangan dan alatan yang betul ketika mengendalikannya.
Jika punya anak kecil dan binatang peliharaan, letakkan pasu ditempat yang
sesuai.
Boleh
juga gantikan dengan media alternatif seperti bebola gel dan air. Tetapi ini
juga harus diganti dan diselenggara selalu. Nanti jadi penternak nyamuk denggi
berjaya pula!
Pokok-pokok
yang kita bela juga harus selalu diselenggara dan diberi perhatian (serta kasih
sayang). Media tanahnya harus dibaja, digembur dan sampai masa harus ditukar
ganti. Bukan kita letak saja dan biarlah dia hidup dibucu rumah sehingga akhir
hayatnya.
Nota
kaki: kalau nak cari bakal menantu, cari yang rumahnya banyak pokok cantik,
segar, rimbun dan molek. Mesti dia rajin orangnya. Serta bakal punya kasih
sayang merimbun untukmu jua. Ewwaaahhh!
DRACAENA
TRIFASCIATA MENGANDUNGI SAPONIN BERBAHAYA?
Takutlah
nanti keracunan!
Saponin
adalah satu kelas sebatian kimia yang besar. Saponin diberi namanya sedemikian
rupa kerana sebatian kimia ini biasanya memberikan kesan berbuih (saponifikasi)
dalam larutan akuas.
Ciri
utama sebatian saponin ialah ia mengandungi satu bahagian hidrofilik (larut
air) yang biasanya sejenis gula (glycosides) dan satu bahagian hidrofobik
(larut lemak) yang terdiri dari triterpene atau steroid (aglycone).
Saponin antara sebatian-sebatian yang biasa didapati dalam banyak tumbuhan.
Saponin
dari Agrostemma githago yang digelar githagin (gypsogenin) dan asid
agrostemmic, tanniatoxin dari Xanthosoma atrovirens (sejenis pokok keladi
berdaun lebar dan saiz besar), contohnya boleh mengakibatkan hemolysis (sel
darah pecah), paralisis, dan kerosakan ginjal.
Bahaya
kan? Tapi biasanya keadaan ini hanya berlaku pada dos yang besar dan melalui
suntikan terus kedalam salur darah.
Ada
juga saponin yang mengakibatkan iritasi dan inflammasi jika terkena pada kulit.
Contohnya saponin dari Dioscorea (sejenis keluarga keladi) dan Manilkara zapota
(ciku) yang mentah. Jadi elakkanlah dari terkena cecair sap tumbuhan ini.
Saponin yang toksin dan mendatangkan iritasi ini digelar sapotoxin.
Tetapi
ada juga yang tidak mendatangkan mudarat. Tumbuhan kekacang (legume) seperti
Vicia faba (kacang parang), soya dan kacang tanah juga adalah antara yang
tertinggi mengandungi saponin. Kita makan ok saja. Ya tak?
Tahukah
anda?
Bijian
fenugreek (halba) kaya yamogenin, sejenis saponin juga. Diosgenin dalam
Discorea adalah antara sumber bagi penghasilan hormone steroid progesterone
dalam pil perancang.
Saponin
dalam tumbuhan Dracaena juga sama. Mungkin mendatangkan iritasi dan kerengsaan
pada yang sensitive dan alergi padanya. Binatang kecil seperti ikan kecil dan
reptilia mudah diracuni oleh tumbuhan ini. Tetapi, kebanyakan dos toksik bagi
saponin lebih dari 1000 mg/kg. Sangat tinggi dos diperlukan untuk mendatangkan
ketoksikan.
Remember:
the dose makes the poison?
Pada
manusia, biasanya jika dimakan dalam kuantiti yang banyak boleh mengakibatkan
cirit birit dan kerengsaan perut. Jadi, janganlah makan nasi berulam lidah jin,
colek dengan sambal belacan kalau tak ada lauk sekalipun. Naya!
Elakkan
juga dari binatang peliharaan dan anak kecil. Takut nanti gatal dan rengsa pula.
Tetapi biasanya mereka tidak akan makan tumbuhan ini. Tumbuhan yang ada saponin
biasanya terasa pahit.
That’s
why you hate your spinach, kan? Bayam (Spinacia oleracea) juga antara sayuran
biasa yang tinggi saponin (read: alasan tak mahu makan sayur… ding ding ding!)
KESIMPULAN
Tak
perlu buang pasu-pasu berisi lidah jin anda. Seperti tumbuhan lain, ia ada
risiko dan kebaikannya. Timbang-timbanglah buruk baiknya dengan fakta yang
betul dan rasional.
Kalau
takut tajam, boleh pilih Dracaena yang lembut seperti D. marginata (ehhh saya
minat sungguh. Mana nak dapat ni?). Kalau suka yang tinggi boleh pilih D.
fragrance. Kalau dah tak suka, boleh hadiahkan kepada jiran dan rakan taulan.
Disertai dengan link ke artikel ISB.
Ini
sains beb!
#cisplatin,
Pakar memberikan ketenangan dihati anda!
Tambahan:
bolehlah TAYANG gambar belaan lidah jin, lidah buaya atau apa2 indoor foliage
masing-masing di ruangan komen.
Maklumlah... kan tak sempat nak tayang kat tetamu waktu raya. Heheh!
Maklumlah... kan tak sempat nak tayang kat tetamu waktu raya. Heheh!
Jangan
share gambar jin belaan atau buaya darat sudahlah~
RUJUKAN
Wolverton
BC, Johnson A, Bounds K. Interior landscape plants for indoor air pollution
abatement. https://ntrs.nasa.gov/search.jsp?R=19930073077
(NASA Clean Air Study 1989)
Wolverton
BC, Wolverton JD. Plants and soil microorganisms: removal of formaldehyde,
xylene, and ammonia from the indoor environment. Journal of the Mississippi
Academy of Sciences. 1993 Feb;38(2):11-5.
Orwell
RL, Wood RL, Tarran J, Torpy F, Burchett MD. Removal of benzene by the indoor
plant/substrate microcosm and implications for air quality. Water, air, and
soil pollution. 2004 Sep 1;157(1-4):193-207.
Wood
RA, Orwell RL, Tarran J, Torpy F, Burchett M. Potted-plant/growth media
interactions and capacities for removal of volatiles from indoor air. The
Journal of Horticultural Science and Biotechnology. 2002 Jan 1;77(1):120-9.
Liu
YJ, Mu YJ, Zhu YG, Ding H, Arens NC. Which ornamental plant species effectively
remove benzene from indoor air?. Atmospheric Environment. 2007 Jan
1;41(3):650-4.
Clark
A, Waters RB. The presence of a sapotoxin in Xanthosoma atrovirens, a tropical
food-tuber. Biochemical Journal. 1934;28(3):1131.
Hebestreit
P, Melzig MF. Cytotoxic activity of the seeds from Agrostemma githago var.
githago. Planta medica. 2003 Oct;69(10):921-5.
Fayek
NM, Monem AR, Mossa MY, Meselhy MR, Shazly AH. Chemical and biological study of
Manilkara zapota (L.) Van Royen leaves (Sapotaceae) cultivated in Egypt.
Pharmacognosy research. 2012 Apr;4(2):85.
Mahato
SB, Ganguly AN, Sahu NP. Steroid saponins. Phytochemistry. 1982 Jun
2;21(5):959-78.
The
Science of Saponins. https://carnivoreaurelius.com/saponins/
Mimaki
Y, Inoue T, Kuroda M, Sashida Y. Steroidal saponins from Sansevieria
trifasciata. Phytochemistry. 1996 Dec 1;43(6):1325-31.
Mimaki
Y, Inoue T, Kuroda M, Sashida Y. Pregnane glycosides from Sansevieria
trifasciata. Phytochemistry. 1997 Jan 1;44(1):107-11.
Credit to : FB PAGE INI SAINS BEB
My comment :
Itulah certain people ni, asal ada page cakap beracun je terus percaya melulu tanpa hujung pangkal.
Panik punya pasal sampai ada yang buang 😂🤷
Pokok hiasan kebanyakan memang semua beracun sebab tu pokok tu duk dalam kategori sebagai
pokok hiasan bukan pokok sayuran. Takkan kau nak makan pokok hiasan pulak kan?🤦 Kalau tak beracun, dah lama pokok tu orang
duk petik buat ulam dah uii 😆
Asal viral je kecam 🤣
Selama ni berpuluh tahun elok je org duk bela indoor plant lain tp yang kau
kecam pokok viral tu jugak. Apa pokok lain mg takda saponin and tak guna tanah
ke? 😂😂😂😂 Klah penatlah repeat benda sama, kbai 🙊
Persembahkan my new collection hahaha!