Hi, assalamualaikum semua !
Nampaknya office kosong sebab semua
orang tengah struggle habiskan sisa-sisa cuti hahaha. My friends sorang pun tak ada beb ! So, I’m alone now and decided untuk tulis blog baru ni. Barulah nampak full blog I kan! LOL 😂
So, topic I pilih ni adalah based on
question from my old friends and of course my students. Relatives pun ada juga yang tanya especially
my sister in-law, family members I pun mostly educator sebenarnya. Abang and wife abang I cikgu, adik bawah I pun lecturer. Cuma adik
bongsu sahaja yang lari sikit, jauh menyimpang dari kami semua. Dia seorang Web Developer, sebelum ni IT programmer hehe. 👯
Soalan yang biasa I terima masa
mula-mula bekerja as a lecturer adalah seperti ini hahaha.
Weh best ke jadi lecturer ?Madam, madam macam mana nak jadi lecturer, best tak?Tak sangka kau dah jadi lecturer kan sekarang, happy tak?Kau mesti jadi lecturer yang garang kan weh ?Bangga aku ada kawan jadi lecturer!
Err? 😖
Actually, I tak bangga. Macam mana ya
nak cakap. I tak bangga or rasa macam bagus sangat pun. Cuma I rasa satisfied sebab
ini cita-cita I start dari Diploma dulu. Tapi I tak pernah reveal dekat sesiapa
pun even my parent. That’s why habis je Degree, I kerja dalam 1 year sahaja. Then, I request
dekat abah untuk continue Master. Abah I memang bagi fully support without any argument
sebab abah I sejenis suka kalau anak-anak dia belajar tinggi. 😅
Tapi, be honest, memang seronok jadi
lecturer ni. Walaupun ada certain time kita akan rasa pressure, tak cukup rest tapi
seronok and enjoy tu lebih. Maybe sebab memang passion I adalah mengajar.
Students zaman sekarang sangat
mencabar guys! Bukan macam zaman kita. Ya Allah jauh beza 200%. So, sangat
mencabar untuk i handle diaorang. Mula-mula mengajar I agak blur and lost, nervous, low confident level. Masuk sahaja
second semester I dekat college, I dah tau rentak students disini , culture disini. So, I dah
boleh handle sampai sekarang. Pejam celik dah 4 tahun lebih I mengajar. 😅😅😅
Student ni semuanya okey and baik je, nakal
sikit tu biasa. Cuma kita ni as a lecturer perlu pandai handle diaorang. Tak
boleh nak emosional setiap masa. Marah tu biasa, tapi takkan lah 24jam nak
marah hahaha. Depends on situation lah. 😉
Sometimes, i seronok tengok life
students, sebab kita pun pernah jadi student. Bila tengok student present,
discuss, buat assignment semua. Mesti rindu zaman belajar .😰😥
I tak garang, tapi I tegas and I memang
akan letak gap dengan students. Jadi lecturer ni macam artis lah. Tapi artis
peringkat college/uni jelah hahaha. Ada student suka, ada student tak suka. Perkara
biasa. Macam artis, ada haters..ada fans. 😹
Nak didik orang jadi manusia bukan
senang kalau kita sendiri pun tak terdidik guys. I pun tak perfect, dulu pun I macam
diaorang. So I faham. Sebab I pun pernah jadi remaja.
Okeylah guys, macam panjang sangat
pulak. Mesti boring uols baca hahaha.
Do I enjoy being a lecturer?
The answer is YES !💝💝💝💝
Dalam botol ada budu,
Dimakan oleh laki aku,
Hormati pensyarah dan juga guru,
Barulah berkat ilmu tu!
Hahaha. Ok bai !
alhamdulillah. dulu lecturer kitorg pun mcm tu jugak. ada part dia strict ada yg dia cut slack jugak. selamat mendidik anak bangsa!
ReplyDeleteMyra | The Grey Lines Between
P.S.: done follow-back! :D
Yeke, hehehe. Btw, thank youuuu ! Insyallah I will :)
Delete