Hi, assalamualaikum guys !
Tonight i nak share resepi Chicken Buttermilk yang paling simple dan mudah dibuat tau. Orang malas macam i ni sesuai sangat untuk resepi ni. Hahaha. So, check it out guys !
Bahan-bahan :
Isi Ayam (bahagian dada besar - 2 ketul)
1/2 Tin Susu Cair
4 Ulas Bawang Putih (Cincang)
Bawang Holland (Potong dadu)
Daun Kari (2 Tangkai)
Cili Padi (4 biji)
Butter (Separuh)
Bahan Untuk Ayam Celup Tepung :
I guna tepung BESTARI je mudah, senang. Basuh ayam, potong dadu. Gaul sahaja dengan tepung "kering", tak perlu campur air tepung tau. Dah salut, goreng je or masuk dalam air fryer !
Okey ini isi ayam yang dah digoreng tadi, i guna air fryer sebab tak nak berminyak. And i campur bahagian dada and bahagian tulang hehe. Ikut selera uols mana-mana yang suka okey ! |
Step Penyediaan Chicken Buttermilk
Step 1 : Basuh isi ayam bersih-bersih, potong dadu isi dada ayam tadi.
Step 2 : Gaul isi ayam yang dibasuh tadi dengan tepung serbaguna BESTARI SPICY. Tepung kering ya, jangan campur air.
Step 3 : Dah siap gaul ayam dengan tepung, dah salut cantik. Goreng dalam kuali dengan minyak or guna air fryer. Pilihan ditangan anda hehehe. Dah siap goreng, rehatkan dan tos minyak.
Step 4 : Panaskan pan, masukkan butter sehingga cair (jangan sampai hangus) dan tumis bawang putih, cili padi, daun kari sehingga naik bau.
Step 5 : Masukkan susu cair dan bawang holland. Then, masukkan isi ayam yang digoreng tadi.
Step 6 : Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Then, perisakan dengan garam.
Okey, siap ! (i tak letak bawang holland) |
DONE !
Naik kereta berlumba-lumba,
Selamat mencuba !
Ok bai !
Naik kereta berlumba-lumba,
Selamat mencuba !
Ok bai !
Nyums!!!
ReplyDeleteNyummy!
DeleteSedapnya chicken buttermilk!
ReplyDeletehehehe...sedapp sangat !
Delete