Friday, June 19, 2020

Snake Plant Beracun?


 Credit to : FB PAGE INI SAINS BEB

POKOK LIDAH JIN (YANG TERSAKITI)…
Viral lagi pokok lidah jin (nama saintifik: Dracaena trifasciata, dahulunya dikenali sebagai Senseviera trifasciata). Tumbuhan dari family Asparagaceae ini sebenarnya natif dari bahagian tropika benua Afrika. Namun, telah menjajah masuk kehati dan seluruh rantau dunia.

Tumbuhan ini cantik menghiasi rumah-rumah kediaman dan pejabat sekian lama. Bukan sahaja menyegarkan ruangan, penjagaannya juga ringkas dan mudah.
Soalnya? Benarkah tumbuhan ini beracun dan berbahaya? 

DRACAENA TRIFASCIATA MEMBERSIH UDARA?

Tumbuhan ini mula menempa nama apabila dikatakan mampu membersihkan udara dari pelbagai bahan kimia meruap (benzene, formaldehyde, xylene, toluene dan trichloroethylene). Mungkin ramai yang menyangka ini hanyalah cakap-cakap kosong bagi mempopularkan pokok lidah jin.
Sebenarnya, kajian tentang tumbuhan ini benar-benar wujud dan dilakukan oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA). 

Tujuannya? Untuk membendung cemaran udara di space station yang ruangannya kecil dan sempit. Boleh baca beberapa laporan NASA Clean Air Study untuk kesahihan.

Dalam kajian ini beberapa tumbuhan Dracaena seperti (D. trifasciata, D. fragrans, D. deremensis, D. marginata) telah ditemukan efisyen menyerap dan membendung cemaran udara seperti yang tersebut diatas. 

Beberapa tumbuhan lain seperti tumbuhan genus Philodendron (P. domesticum, P. bipinnatifidum, P. cordatum), lidah buaya (Aloe vera), Anthurium, Ficus, Dendrobium (orkid) juga memberikan keputusan yang memberangsangkan.
Tumbuhan ini bernafas dan mengambil udara dari persekitaran. Sama seperti kita. Sekaligus menyerap bahan kimia meruap dan menukarkannya menjadi kompaun dan sebatian yang tidak berbahaya. 

Tetapi, bukanlah semudah kita meletakkan sepasu orkid yang cantik terus bersih udara. Sudah tentu tidak! Mungkin kita perlukan sepokok bagi setiap meter kubik atau lebih.
Namun setidaknya, ada sepokok dua tu oleh jugalah membuang toksin diudara jika ada. 

DRACAENA TRIFASCIATA MENYERAP HABUK?

Tumbuhan biasanya ada trikom (trichome) yang melindungi tumbuhan dari debu, kepanasan, UV dan ada juga yang merembeskan metabolite dan toksin pertahanan diri. 

Begitu juga pokok lidah jin. Jadi nampaklah macam habuk dan debu terperangkap dipermukannya.
Tumbuhan ini juga diselaputi wax. Sama seperti tumbuhan lain juga. Wax dan trikom ini juga melindungi tumbuhan dari kehilangan lembapan. Jadi nampaklah macam debu terkumpul disana.

Sebenarnya segala barangan yang ada dirumah seperti kipas, lampu, tangga (dan tuan rumah yang tidak bergerak-gerak dari depan laptop akibat work-from-home) juga mengumpul debu. 

Kalau nak hapuskan debu, bukan lah tanggungjawab pokok lidah jin, Tuan empunya rumah bersenjatakan mop, penyapu, dan penyedut hampagas adalah alat paling efisyen dan ekonomi!

MIKROORGANISMA BERBAHAYA DARI PASU TUMBUHAN DALAM RUMAH?

Dracaena trifasciata ini seperti tumbuhan lain ditanam dalam media tanah. Mudah saja, ia membiak melalui rizom dan keratan batang. Hanya cucuk ke tanah, hiduplah ia. 

Nak bela pun senang. Hanya siram sekali atau dua kali seminggu, cukup dah. Kalau terlebih air, boleh reput akarnya. Mati pulaa… (pokok saya lah tu. Sobs…)

Tanah memanglah syurga bagi mikroorganisma seperti bakteria, fungus, protozoa dan sebagainya. Betul lah tu, kalau letak pasu berisi tanah dalam rumah, kita akan terdedah dengan billion mikroorganisma dalam pasu tersebut.

Tandas, malah telefon bimbit yang selalu diletakkan dimuka itu juga mempunyai koloni mikroorganisma yang tidak kurang hebatnya. Apakah kita perlu buang tandas dan telefon dari rumah kita? Sudah tentu tidak. Kita bersih dan disinfek cukup cukup…

Jadi, janganlah makan, sentuh tanpa lapik (bukan mahram) ketika mengendali tanah tersebut. Pakailah sarung tangan dan alatan yang betul ketika mengendalikannya. Jika punya anak kecil dan binatang peliharaan, letakkan pasu ditempat yang sesuai. 

Boleh juga gantikan dengan media alternatif seperti bebola gel dan air. Tetapi ini juga harus diganti dan diselenggara selalu. Nanti jadi penternak nyamuk denggi berjaya pula!

Pokok-pokok yang kita bela juga harus selalu diselenggara dan diberi perhatian (serta kasih sayang). Media tanahnya harus dibaja, digembur dan sampai masa harus ditukar ganti. Bukan kita letak saja dan biarlah dia hidup dibucu rumah sehingga akhir hayatnya. 

Nota kaki: kalau nak cari bakal menantu, cari yang rumahnya banyak pokok cantik, segar, rimbun dan molek. Mesti dia rajin orangnya. Serta bakal punya kasih sayang merimbun untukmu jua. Ewwaaahhh!

DRACAENA TRIFASCIATA MENGANDUNGI SAPONIN BERBAHAYA?

Takutlah nanti keracunan!
Saponin adalah satu kelas sebatian kimia yang besar. Saponin diberi namanya sedemikian rupa kerana sebatian kimia ini biasanya memberikan kesan berbuih (saponifikasi) dalam larutan akuas.
Ciri utama sebatian saponin ialah ia mengandungi satu bahagian hidrofilik (larut air) yang biasanya sejenis gula (glycosides) dan satu bahagian hidrofobik (larut lemak) yang terdiri dari triterpene atau steroid (aglycone). 

Saponin antara sebatian-sebatian yang biasa didapati dalam banyak tumbuhan.
Saponin dari Agrostemma githago yang digelar githagin (gypsogenin) dan asid agrostemmic, tanniatoxin dari Xanthosoma atrovirens (sejenis pokok keladi berdaun lebar dan saiz besar), contohnya boleh mengakibatkan hemolysis (sel darah pecah), paralisis, dan kerosakan ginjal.
Bahaya kan? Tapi biasanya keadaan ini hanya berlaku pada dos yang besar dan melalui suntikan terus kedalam salur darah.

Ada juga saponin yang mengakibatkan iritasi dan inflammasi jika terkena pada kulit. Contohnya saponin dari Dioscorea (sejenis keluarga keladi) dan Manilkara zapota (ciku) yang mentah. Jadi elakkanlah dari terkena cecair sap tumbuhan ini. Saponin yang toksin dan mendatangkan iritasi ini digelar sapotoxin.

Tetapi ada juga yang tidak mendatangkan mudarat. Tumbuhan kekacang (legume) seperti Vicia faba (kacang parang), soya dan kacang tanah juga adalah antara yang tertinggi mengandungi saponin. Kita makan ok saja. Ya tak?

Tahukah anda?
Bijian fenugreek (halba) kaya yamogenin, sejenis saponin juga. Diosgenin dalam Discorea adalah antara sumber bagi penghasilan hormone steroid progesterone dalam pil perancang.

Saponin dalam tumbuhan Dracaena juga sama. Mungkin mendatangkan iritasi dan kerengsaan pada yang sensitive dan alergi padanya. Binatang kecil seperti ikan kecil dan reptilia mudah diracuni oleh tumbuhan ini. Tetapi, kebanyakan dos toksik bagi saponin lebih dari 1000 mg/kg. Sangat tinggi dos diperlukan untuk mendatangkan ketoksikan. 

Remember: the dose makes the poison?

Pada manusia, biasanya jika dimakan dalam kuantiti yang banyak boleh mengakibatkan cirit birit dan kerengsaan perut. Jadi, janganlah makan nasi berulam lidah jin, colek dengan sambal belacan kalau tak ada lauk sekalipun. Naya!

Elakkan juga dari binatang peliharaan dan anak kecil. Takut nanti gatal dan rengsa pula. Tetapi biasanya mereka tidak akan makan tumbuhan ini. Tumbuhan yang ada saponin biasanya terasa pahit. 

That’s why you hate your spinach, kan? Bayam (Spinacia oleracea) juga antara sayuran biasa yang tinggi saponin (read: alasan tak mahu makan sayur… ding ding ding!)

KESIMPULAN

Tak perlu buang pasu-pasu berisi lidah jin anda. Seperti tumbuhan lain, ia ada risiko dan kebaikannya. Timbang-timbanglah buruk baiknya dengan fakta yang betul dan rasional.
Kalau takut tajam, boleh pilih Dracaena yang lembut seperti D. marginata (ehhh saya minat sungguh. Mana nak dapat ni?). Kalau suka yang tinggi boleh pilih D. fragrance. Kalau dah tak suka, boleh hadiahkan kepada jiran dan rakan taulan. Disertai dengan link ke artikel ISB.
Ini sains beb!

#cisplatin, Pakar memberikan ketenangan dihati anda!
Tambahan: bolehlah TAYANG gambar belaan lidah jin, lidah buaya atau apa2 indoor foliage masing-masing di ruangan komen.
Maklumlah... kan tak sempat nak tayang kat tetamu waktu raya. Heheh!
Jangan share gambar jin belaan atau buaya darat sudahlah~

RUJUKAN
Wolverton BC, Johnson A, Bounds K. Interior landscape plants for indoor air pollution abatement. https://ntrs.nasa.gov/search.jsp?R=19930073077 (NASA Clean Air Study 1989)

Wolverton BC, Wolverton JD. Plants and soil microorganisms: removal of formaldehyde, xylene, and ammonia from the indoor environment. Journal of the Mississippi Academy of Sciences. 1993 Feb;38(2):11-5.

Orwell RL, Wood RL, Tarran J, Torpy F, Burchett MD. Removal of benzene by the indoor plant/substrate microcosm and implications for air quality. Water, air, and soil pollution. 2004 Sep 1;157(1-4):193-207.

Wood RA, Orwell RL, Tarran J, Torpy F, Burchett M. Potted-plant/growth media interactions and capacities for removal of volatiles from indoor air. The Journal of Horticultural Science and Biotechnology. 2002 Jan 1;77(1):120-9.

Liu YJ, Mu YJ, Zhu YG, Ding H, Arens NC. Which ornamental plant species effectively remove benzene from indoor air?. Atmospheric Environment. 2007 Jan 1;41(3):650-4.

Clark A, Waters RB. The presence of a sapotoxin in Xanthosoma atrovirens, a tropical food-tuber. Biochemical Journal. 1934;28(3):1131.

Hebestreit P, Melzig MF. Cytotoxic activity of the seeds from Agrostemma githago var. githago. Planta medica. 2003 Oct;69(10):921-5.

Fayek NM, Monem AR, Mossa MY, Meselhy MR, Shazly AH. Chemical and biological study of Manilkara zapota (L.) Van Royen leaves (Sapotaceae) cultivated in Egypt. Pharmacognosy research. 2012 Apr;4(2):85.

Mahato SB, Ganguly AN, Sahu NP. Steroid saponins. Phytochemistry. 1982 Jun 2;21(5):959-78.
The Science of Saponins. https://carnivoreaurelius.com/saponins/

Mimaki Y, Inoue T, Kuroda M, Sashida Y. Steroidal saponins from Sansevieria trifasciata. Phytochemistry. 1996 Dec 1;43(6):1325-31.

Mimaki Y, Inoue T, Kuroda M, Sashida Y. Pregnane glycosides from Sansevieria trifasciata. Phytochemistry. 1997 Jan 1;44(1):107-11.

Credit to : FB PAGE INI SAINS BEB

My comment :
 
Itulah certain people ni, asal ada page cakap beracun je terus percaya melulu tanpa hujung pangkal. Panik punya pasal sampai ada yang buang 😂🤷 Pokok hiasan kebanyakan memang semua beracun sebab tu pokok tu duk dalam kategori sebagai pokok hiasan bukan pokok sayuran. Takkan kau nak makan pokok hiasan pulak kan?🤦 Kalau tak beracun, dah lama pokok tu orang duk petik buat ulam dah uii 😆 Asal viral je kecam 🤣 Selama ni berpuluh tahun elok je org duk bela indoor plant lain tp yang kau kecam pokok viral tu jugak. Apa pokok lain mg takda saponin and tak guna tanah ke? 😂😂😂😂 Klah penatlah repeat benda sama, kbai 🙊

Persembahkan my new collection hahaha!

Snake plant and money plant or pothos! Nama spesis i tak ingat lah..Snake plant and pothos ni ada banyak spesis. Ni ada lagi satu spesis kat belakang rumah nak masuk dalam pasu. Tu ambik dari abah. Yang atas ni beli. Before this i just ada cactus je untuk indoor. sebelum ni i layan outdoor plant but more to herbs and spices punya pokok. hehe.

 

No comments:

Post a Comment