Saturday, March 4, 2017

Bahagia Itu Tersirat

Bahagia itu tersirat, tidak boleh ditafsir mengikut pandangan mata kasar.

Kita rasa orang itu bahagia sangat, sedangkan berjuta masalah dia hadapi.

Kita rasa orang itu seperti tidak bahagia, sedangkan dialah orang yang paling tenang jiwanya.


Manusia sekarang melambangkan kebahagiaan dari rezeki yang kita ada. Rezeki ni pelbagai bentuk, pelbagai cara kita perolehi, tapi yang penting semuanya kita dapat dengan izinNYA. 

Dapat pasangan hidup yang baik, ibu bapa dan adik beradik yang bahagia dan tiada masalah, kerjaya yang bagus, anak dan rasa bahagia, bebas hutang dan lain lain lagi. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Jika kita tidak dapat rezeki seperti orang lain, bersyukurlah kerna orang lain tidak mungkin perolehi rezeki seperti yang kita ada. 

Jangan pertikaikan 
Rezeki kita..
Rezeki orang lain..
Rezeki yang Tuhan beri..

Jika kita sentiasa pertikaikan, perasaan tidak tenang akan membelenggu diri pada setiap hari. Rasa tidak bersyukur akan hadir, rasa iri pada orang akan timbul. 

Untuk dapatkan rezeki juga, kita perlu berusaha. Rezeki takkan datang bergolek tanpa usaha. Jika tuhan membenarkan ia terjadi, maka rezeki itu milik kita. 

Okeylah itu saja coretan malam ni hehehe. Nampak macam formal tp itulah hakikatnya. Seperti biasa, izinkan hamba berpantun sebelum blahh hihihi.

Dua tiga kucing merangkak,
Merangkak mencari sang tikus,
Rezeki itu sukar utk di agak,
Asalkan kita berusaha terus !

HAHAHA. Kbai !

No comments:

Post a Comment